Sedapnya kalau masa lunch atau dinner nanti dapat makan nasi kuku ayam berempah!
Makan panas-panas dengan aroma dari ayam berempah yang rangup tu, digabung pula dengan rasa kuah kari dan sambal belacan… perghhh! Terbaik!
Kombo mengenyangkan untuk orang yang sukakan keenakan rasa ala kampung, ini Wanista senaraikan enam buah restoran dan gerai nasi kukus paling gempak yang korang wajib ‘pekena’.
#1 Nasi Kukus Juna
Dibuka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad dari jam 10.00am hingga 5.00pm di Widad University, Malay Town (belakang Capital Mall) dan Dewan Sriwaniaga KPTM Kuantan manakala, setiap hari dari 10.00am hingga 9.00pm di Arked Mara Jaya Gading dan Jungle Foodcourt Indera Mahkota. Nikmati keenakan rasa ayam berempah dan kuah karinya yang memang dipuji ramai!
Alamat: Lot 38944, Lorong IM 6/1, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang, Malaysia
Nombor Telefon: 019-942 4676
Facebook: [KLIK]
#2 Nasi Kukus Ilham
Salah satu restoran nasi kukus paling terkenal! Dibuka dari 11.30am hingga 10.00pm, berduyun-duyun orang akan datang semata-mata untuk makan hidangan nasi kukus di sini.
Dijual pada harga RM6 setiap bungkus, anda semua pasti berpuas hati dengan saiz ayam goreng berempahnya.
Menurut sumber, resepi nasi kukus di sini telah diwarisi secara turun-temurun bahkan dimasak menggunakan cara tradisi Kelantan. Nasi kukus panas akan digabungkan dengan tiga jenis kuah, ayam goreng, ikan bilis serta nanas.
Alamat: No.7,jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia.
Nombor Telefon: 013-966 2525
Facebook: [KLIK]
#3 Warung Nasi Kukus Mak Jemah
Sentiasa dipenuhi pengunjung, warung nasi kukus ini menjanjikan hidangan Nasi Kukus paling enak termasuklah lauk-pauk aneka pilihan yang boleh dimakan bersama nasi kukus panas!
Selain itu, mereka turut menawarkan menu Rojak Buah, Pulut Mangga, Jus Mangga Susu, Nasi Kerabu, Ayam Masak Merah, Ikan Keli Berlada, Ayam Penyet dan banyak lagi!
Alamat: Bazaria Pantai, Jalan Pantai Permai 2, Pantai Dalam, 59200, Kuala Lumpur, Malaysia ***(area food court)
Nombor Telefon: 018 – 327 3735
Facebook: [KLIK]
#4 Nasi Kukus Wafie
Bermula dengan perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan akhirnya jenama Nasi Kukus Wafie ini terkenal di mana-mana. Mereka menggabungkan resepi keluarga dengan resepi nasi kukus asli sekaligus berjaya menghasilkan satu ras yang cukup menggamit memori!
Bukan itu sahaja, gulai kari, kari kicap serta sambal belacan yang dihidangkan bersama sebagai lauk pelengkap juga enak tak terkata.
Alamat: No. 600, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudera, Batu Caves, 68100, Malaysia
Nombor Telefon: 017 2018600 / 017 3830044
Facebook: [KLIK]
#5 Nasi Kukus RZ
Restoran Nasi Kukus RZ memang terkenal dalam kalangan pelajar UiTM Shah Alam!
Buat sesiapa yang berkunjung ke sini, anda pasti akan menyukai kuah gulai yang dihidangkan kerana rasanya memang lemak habis. Sambal belacan yang dihidang pun sedap, memang kena sangat jika digaulkan dengan gulai tersebut. Harga bagi setiap hidangan nasi kukus pula adalah sebanyak RM6. Selain nasi kukus, anda dinasihatkan untuk mencuba rasa dadih susu yang dijual di sini.
Berita baik, restoran ini akan dibuka sehingga 2.00am dari Sabtu hingga Khamis tau! Kalau tengah-tengah malam lapar boleh datang sini.
Alamat: Jalan Plumbum AA/7AA, 40000 Shah Alam, Malaysia
Nombor Telefon: 013-744 4440
Facebook: [KLIK]
#6 Nasi Kukus Ayam Dara
Gerai Nasi Kukus Ayam Dara yang terletak di Taman Melati, Kuala Lumpur ini sudah cukup terkenal. Rasa garing ayam ditambah pula dengan kuah kari yang panas pastinya memberikan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Gerenti, lepas sekali cuba mesti nak lagi!
Berharga serendah RM7, apa yang menarik adalah anda bakal diberi air minuman seperti teh o ais atau limau ais secara percuma. Kalau nak rasa lebih unik, boleh try menu Nasi Kukus Ikan Bawal dan Nasi Kukus Ikan Keli.
Alamat: Pt22 Jln Taman Melati, Taman Melati Gombak, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Nombor Telefon: 018-575 8153
Facebook: [KLIK]
Selamat menjamu selera! ❤️