Rasanya setiap wanita cemburukan dengan kecantikan dan penampilan anggun selebriti ketika melewati karpet merah, apatah lagi jelitawan Victoria’s Secret yang cukup marvellous ketika fashion show.
Terfikir juga adakah kecantikan mereka di pentas peragaan sama ketika mereka di rumah? Adakah mereka masih kekal cantik jelita tanpa secalit mekap di wajah? Jika ya, apa petua yang diamalkan mereka bagi mengekal kecantikan from head to toe?
1. Candice Swanepoel
Candice menggunakan minyak kelapa sebagai pelembap badan dan rambut, jus lemon sebagai toner wajah, dan mencuci muka dengan air sejuk untuk mengatasi wajah sembap.
2. Martha Hunt
Martha mencampurkan campuran putih telur dan minyak rosemary sebagai masker rambut. Campurkan 2 biji putih telur bersama dengan 3 hingga 4 sudu makan minyak rosemary dan sapu pada rambut.
3. Lily Aldridge
Lily pula menggunakan minyak kelapa dan gula sebagai skrub badan untuk mendapatkan kulit yang berseri.
4. Adriana Lima
Mengamalkan masker rambut avokado untuk melembapkan rambut dan mendapatkan rambut yang bersinar Anda boleh mencampurkan setengah biji avokadi bersama 2 biji putih telur untuk dijadikan masker.
Okay, sekarang anda pun boleh follow petua mereka. Jom cantik sama-sama!