Percaya atau tidak, aktres Hollywood ini sudah pun berusia 50 tahun!
You don’t have to be naked to be sexy
Benar kata beliau diatas, anda tidak perlu berbogel untuk menjadi seksi. Sama juga untuk menjadi cantik, sebenarnya kita tak perlu terlalu memperbetulkan apa yang diluar kerana definisi cantik itu subjektif. Paling penting bijak dalam memilih gaya fesyen yang sesuai, rapikan seri wajah dan rajin!
Menginjak umur berangka 50 adalah realiti yang wajib ditempuhi oleh semua orang. Bagi wanita ia merupakan suatu tragedi untuk melihat perubahan diri terutama sekali pada kulit wajah!
Garis halus dan kedutan memang anda tak boleh nak lari lagi, tapi apa yang anda boleh buat ialah mengurangkannya. Tapi macam mana? Kena mula dari sekarang lah…kalau nak mula masa umur 50 memang agak mustahil.
Jika tips selebriti lain melibatkan pemakanan, rutin kecantikan dan rahsia-rahsia penggunaan produk. Lain pula dengan Nicole Kidman.
Kaedah beliau dalam menjaga awet muda bukanlah semua orang mampu lakukan kerana ia melibatkan disiplin mental yang kuat.
“being strong and healthy, and feeling good inside so you can feel good outside.”
Rahsia beliau ialah dengan sentiasa bersifat positif, kuat dan menjaga kesihatan. Ambil aura positif dari dalam luar banyak membantu untuk mengekalkan rasa bertenaga dan gembira, sekaligus ia antara faktor utama Nicole Kidman tampak muda sentiasa.
Bila dengar seperti mudah sahaja untuk laksanakannya, iyalah apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa positif. Tapi percayalah ia bukan perkara yang mudah untuk menjadi insan yang positif. Pelayan salah hantar tempahan makanan pun kita pun dah nak melenting bukan? Bos tak luluskan cuti pun dah nak mengamuk. Betul ke boleh positif? Insha Allah boleh…
Dari pendapat penulis, bila mental kita mula berfikir yang sesuatu positif, seri wajah pun boleh berubah. Lebih ringkas, bila kita marah-marah lebih banyak lagi kerutan terhasil dan menyebabkan kedutan. Oopss!