Kita semua pernah melaluinya di mana kita menatap seseorang dan tertanya-tanya “apakah rahsianya miliki kulit wajah sempurna sebegini? Dia mesti bernasib baik kerana mempunyai gen yang baik.”
Olay mendedahkan bahawa anda tidak memerlukan gen yang baik untuk mempunyai kulit wajah yang kelihatan lebih muda. Rahsianya adalah bagaimana anda merawat kulit yang paling penting.
Menerusi penemuan ini, Olay mereka bentuk semula formula anti penuaan – Regenerist, White Radiance dan Total Effects – dalam restorasi jenama terbesarnya. Produk generasi baru Olay yang baru ini terbukti secara saintifik dapat mengubah kulit anda dalam masa 28 hari.
Kandungan bahan seperti Niacinamide (vitamin B3) dan Penta-Peptida (PAL-KTTKS) adalah komponen penting untuk menghasilkan penampilan yang lebih muda. Menggunakan alat-alat genomik, saintis Olay juga menemui bahan-bahan revolusioner seperti ekstrak buah carob untuk meningkatkan turbo-formulasi anti penuaan yang sudah terbukti untuk hasil dramatik.
Produk generasi baru yang dipenuhi dengan bahan-bahan terbukti secara saintifik yang boleh membantu mengubah rupa kulit dalam masa 28 hari.
Sekarang, anda tidak perlu bergantung pada DNA lagi. Hanya dengan Olay, kulit wajah anda boleh muda remaja!
Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream, Olay White Radiance Light Perfecting Essence dan Olay Total Effects Day Moisturizer SPF15 akan berada di pasaran pada 30 September 2017. Untuk info lanjut, boleh semak https://www.lazada.com.my/