Jarang sekali peminat Raja Bollywood, Shah Rukh Khan melihat kehadiran isteri beliau dimana-mana majlis keramaian umum. Gauri Khan lebih gemar merendah diri dan tidak terlalu menonjol dihadapan media. Bekerja sebagai pereka hiasan dalaman, pasti Gauri Khan sibuk dengan urusan dan kebanyakannya pelanggan beliau dari para selebriti.
Namun, pasangan merpati dua sejoli ini buat kemunculan ketika di Vogue Women Of The Year Awards (India) dan duduk dibarisan hadapan bersama aktres Aiswarya Rai Bachan dan Shweta Bachchan Nanda. Bagi peminat Shah Rukh Khan ini adalah momen yang paling dinanti-nanti kerana bukan senang untuk melihat aktor kesukaan mereka bersama dengan individu yang paling dicintai.
Wanista kongsikan gambar yang buat terpegun melihat kecantikan Gauri Khan, sekaligus melihat telatah romantis pasangan ini sepanjang majlis. Lihat sahaja sentuhan dan renungan dari mereka…
Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 1991 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Anak lelaki sulung mereka, Aryan, kini sedang menyambung pelajaran di Amerika Syarikat dan anak kedua yang juga tunggal perempuan, Suhana di United Kingdom. Kedua-dua dijangka akan turut bersama dalam industri perfileman selepas tamat belajar dan AbRam, anak bongsu yang baru sahaja berusia 4 tahun.