Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Tips

Tiada Lagi Masalah Rambut Harian Dengan 9 Tips Berkesan Ini!

by IamLisa
September 28, 2017
Foto - VOGUE

Foto - VOGUE

8
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“OMG! Kenapa dengan rambut aku ni?”, “ARGGHH! Kenapa rambut jadi macam ni?’, “Ishhh stress kalau setiap hari bangun pagi, rambut mesti jadi kusut masai macam ni.” – Anda pasti pernah melalui hari-hari sebegini.

Secara realitinya, tidak ada hari akan terasa mudah dan menyenangkan.

Tetapi dengan 9 tips ini anda akan rasa yakin untuk keluar dari kawasan selesa anda!

Kering atau Basah?

Foto – Naturally Curly

Cara penjagaan rambut sebenarnya berpandukan kepada jenis rambut individu itu sendiri. Daripada jenis sikat rambut, ke aplikasinya, inidividu perlu mengetahui cara untuk menjaga rambutnya sendiri kerana ia amat penting dalam kehidupan seharian.

Bagi sesetengah pendapat, kalau anda mempunyai rambut lurus yang panjang, memberusnya ketika basah akan menyebabkan ia bertambah lagi teruk. Manakala rambut ikal mayang senang diberus ketika ia masih basah. Elakkan daripada sikat rambut ketika sudah kering, kerana ia akan menyebabkan ia jadi ‘frizz’.

Ikat rambut ala-ala bun

Foto – YouTube

Jika anda selalu membasuh rambut sebelum masuk tidur, tipsnya adalah ikat rambut ala-ala bun sebelum letakkan kepala anda di bantal. Apabila anda bangun waktu pagi, tiada masalah dengan rambut kusut dan tidak membazir masa dengan menguraikan rambut kusut itu!

Produk essential untuk rambut

Gel, mousse dan hairspray adalah produk penting untuk anda!

Gel diletakkan ke atas rambut yang masih lembap. Hanya meletakkan sedikit cecair di tangan dan ‘twist’ secara lembut di rambut anda. Mousse pula dapat membantu mengurangkan kusut di rambut anda! Manakala, hairspray memberikan gaya rambut tahan lama.

French Braid

Foto -Instructables

Minta tolong rakan baik ataupun keluarga untuk tocangkan rambut gaya french braid. Bukan sahaja gaya tocang sedang trending, tetapi ia menggelakkan rambut anda daripada kusut!

Penggunaan minyak

Seperti penggunaan minyak Argan dan Morrocan sangat membantu untuk kondisi rambut yang tidak bermaya, mudah pecah dan rosak. Kerana minyak argan mampu meresap terus ke rambut, menyuburkan dan memulihkan rambut yang kering.

Elak penggunaan pelurus rambut

Mungkin penggunaan pelurus rambut ini mampu memberikan gaya rambut yang diingini, tetapi tahukah anda ia tidak memberikan jaminan yang positif di rambut anda. Haba yang berterusan ketika penggunaannya boleh menyebabkan rambut anda bertambah kasar serta gugur. Jadi, keringkanlah rambut anda secara semula jadi!

Perapi rambut

Foto – Food NDTV

Ada sesiapa yang tidak menggunakan perapi setelah syampu? Untuk pengetahuan anda, perapi rambut yang dipakai semasa mandi atau spray akan membuatkan rambut anda bertambah lembut dan nampak bersinar. Tetapi jika penggunaan perapi lambut ini akan membuatkan rambut anda berminyak, gunakan hair mask pula!

Dry shampoo

Foto – MakeupAlley

Mungkin di Malaysia, penggunaan dry shampoo tidak berapa popular. Tetapi mesti anda pernah mendengar jenama yang popular seperti Batiste Dry Shampoo. Penggunaannya sangat mudah! Anda hanya perlu spray di kulit rambut dan voila! rambut terasa lembut dan kurang berminyak. 

Penggunaan dry shampoo ini sangat mudah bagi individu yang bergegas ke sesuatu tempat dan masih ingin tampil bersih di khalayak ramai.

Tukar cadar

Foto – Pinterest

Dah cantik tapi kebersihan tidak dijaga. Sentiasa tukar cadar dan sarung bantal kerana ia mungkin penyebab masalah rambut kusut masai. Cadar sutera mungkin tidak menjadi pilihan utama anda tetapi ia merupakan salah satu cara terbaik untuk rambut anda. Rambut akan kelihatan sihat dan bersinar jika anda menggunakan cara ini ke dalam kehidupan seharian anda!

Baca: 6 Tabiat Kecantikan Yang Anda Tidak Perasan Ditunjuk Dalam Drama Korea

Jom cuba tips ini supaya tampil cantik saat bangun tidur!

Tags: 9 tips jaga rambutcara penjagaan rambutgaya rambutmasalah rambutmasalah rambut harianrambutstail rambuttips jaga rambuttips penjagaan rambut
Share3SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Showbiz
Tips - Kecantikan

“OMG Berminyaknya” – Ini Cara Nak Stailkan Rambut Bangs Untuk Si Kulit Berminyak

by IamLisa
January 3, 2022
0

"Saya muka berminyak dan berambut bangs di depan. Selalu tak sampai tengahari, dahi dah makin berminyak. Ada cara tak, nak...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Tips

5 Tips Untuk Si Ibu Cegah Puting Melecet, Barulah Proses Menyusu Lancar!

by Sofie Azizlan
December 24, 2021
0

Tak dinafikan proses menyusukan anak tidak mudah. Ada yang luka, sakit hinggalah melecet puting susunya gara-gara anak. Nak elakkan daripada...

Baca Lagi
Foto - Terengganu 11
Tips

Asyik Kalah Je, Ini Trick Main Mesin Yang Kuat Telan Duit Budak-Budak

by IamLisa
December 23, 2021
0

"Duit dah habis banyak, tapi satu pun tak kena." Bukan kanak-kanak saja, yang dewasa pun turut sama stress setiap kali...

Baca Lagi
Foto - Radzi Ghani (FB)
Tips

Lelaki Kongsi ‘Benteng’ Elak Banjir, Buat Macam Ini Barulah Air Tak Masuk Dalam Rumah

by Sofie Azizlan
December 21, 2021
0

Tak dinafikan ramai yang terkejut dan tidak bersedia menghadapi banjir baru-baru ini terutamanya mereka di Selangor dan Kuala Lumpur. Melihatkan...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.