BlackPink in your area!
BlackPink merupakan girl group baru di bawah YG Entertainment dan merupakan girl group kedua selepas 2NE1. Terdiri daripada empat orang ahli iaitu Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose, rata-rata mereka berusia sekitar awal 20-an.
Apa menarik dan kelainan yang dibawakan mereka? Pada yang tidak tahu nama BlackPink mempunyai tujuan yang bertentangan dengan persepsi umum tentang warna pink. Pink biasanya menggambarkan kecantikan, tetapi Black Pink menjelaskan bahawa ‘cantik bukan segala-galanya’. BlackPink bukan sahaja cantik tetapi juga berbakat besar!
Tak percaya? Lihat sahaja video mereka di Youtube cukup membuatkan empat gadis muda ini menjadi fenomena bukan sahaja di negara sendiri malah serata dunia menyukai mereka.
Selain berbekal rupa paras yang comel dan cantik, suara mantap, fesyen yang dikenakan oleh Black Pink juga turut menarik perhatian ramai. Fesyen yang dibawa pula bukanlah biasa-biasa, ‘tip top’ dengan jenama terkenal dunia. YG Entertainment dilihat ‘berhabisan’ untuk mendapatkan outfit terbaik malah lain daripada yang lain dikalangan girl group yang ada.
Sebagai contoh dalam muzik video “AS IF IT’S YOUR LAST”, outfit untuk setiap seorang sahaja sudah mencecah ribuan ringgit, itu baru satu belum termasuk aksesori, barangan kemas, skirt, kasut dan pelbagai lagi, agaknya berapa jumlah mereka from head to toe?
Jisoo Balmain High-neck Tulle-insert Cropped Top ( $2,259 = RM9470)
Jennie Dolce & Gabbana Carretto-Print Crop Top ($387 = RM1621), Gucci Floral Brocade Skirt ($1010 = RM4232)
Lisa Vetements x Manolo Blahnik Satin Boots ($4,590 = RM19243)
Rose Gucci Modern Future Sweatshirt ($1,500 = RM6286), Vetements x Levi’s Denim Hot Pants ($1,090 = RM4568)
Jennie Gucci Twisted Printed Silk-Satin Headband ($360 = RM1509)
Jisoo Anna Sui Fringed Printed Cotton & Silk-Blend Mini Dress ($411 = RM1723)
Rose House of Holland Heart-Print Twill Mini Dress ($302 = RM1266)
Lisa Hyein Seo Pleated Skirt w/ Garter Belt ($320 = RM1341)
Lisa Unif Ice Bra ($225 USD = RM942)
Rose House of Holland Gingham Off the Shoulder Dress ($357 = RM1496)
Jisoo Vivetta Talpa Print Jersey T-Shirt ($234 = RM981)
Lisa Off White Blue Towel Top ($290 = RM1215)
Jennie Gucci Pearl Necklace ($1,100 = RM4611)
Wow ini untuk MV sahaja, kalau show sana-sini berapa agaknya peruntukan YG untuk BlackPink?
*harga dalam RM akan berubah mengikut currency