Sulwhasoo, jenama kecantikan holistik yang mengetengahkan sumber kecantikan semulajadi wanita Korea. Dari bahan-bahan semulajadi dan berkualiti menjadikan Sulwhasoo mengungguli sebagai jenama pilihan peminat produk Korea. Musim ini, mereka muncul dengan penambahan baru Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Series: Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream EX dan Concentrated Ginseng Renewing Creamy Mask.
Concentrated Ginseng Renewing Creamy Mask (18g x 5 sheets – Rm450) –
Concentrated Ginseng Renewing Creamy Mask memberikan penyelesaian untuk penjagaan kulit yang intensif, mengandungi lapan kali lebih besar tenaga ginseng daripada Concentrated Ginseng Renewing Cream EX. Dengan hanya satu penggunaan saja, Concentrated Ginseng Renewing Creamy Mask meninggalkan kulit dalam keadaan yang lebih baik dengan daya tahan yang lebih tinggi, lenturan dan bercahaya malah semestinya kelembapan berpanjangan yang menjadi impian setiap wanita Korea.
Concentrated Ginseng Renewing Eye Cream EX (Size: 20ml – RM630) –
Muka dah cantik tapi bahagian mata pula seperti ‘mata panda’. Disemai dengan kuasa anti penuaan ginseng merah, Ginseng Renewing Eye Cream EX memberikan kulit segar dan membuat wajah muda dan licin di sekitar kawasan mata. Bukan itu sahaja, Ginseng Renewing Eye Cream EX menawarkan dua kali penjagaan anti penuaan sekaligus melindungi kulit di sekeliling mata.
Rangkaian produk Sulwhasoo edisi ginseng sudah berada di pasaran awal September.