Seperti orang Melayu, nenek moyang kita lazimnya mengamalkan pupur beras atau lebih mudah dipanggil bedak sejuk sebagai rejim kecantikan untuk menaikkan seri wajah agar kulit kelihatan halus dan cantik.
Bagi orang India pula, mereka sering memanfaatkan pupur atau ‘mask kunyit’ bagi mencantikkan kulit yang bukan sahaja akan mencerahkan sambil memudarkan parut-parut di wajah bahkan bisa memancarkan kompleksi kulit buat kulit nampak bersinar tanpa memerlukan kos yang banyak!
Jom amalkan resipi kecantikan yang dikongsikan aktres Britain terkemuka, Thandie Newton.
Kelebihan Guna Kunyit Sebagai Bahan Kecantikan
- Kunyit tinggi khasiat kadar antioksida yang akan lambatkan kerosakan sel.
- Baik pulih tekstur kulit jika gunakan sebagai skrub.
- Sembuhkan radang kulit seperti jerawat, kullit kering, psoriasis dan ekzema.
- Kurangkan pigmentasi (bintik hitam) dan ratakan tona kulit
- Sebagai elemen untuk tegangkan kulit
Resipi Mask Kunyit
1. Campurkan tepung, serbuk kunyit dan susu untuk jadikan pes likat
- Gunakan tepung gandum atau tepung beras; jika kulit kering Tandie nasihatkan anda guna tepung oat.
- 1 camca teh serbuk kunyit
- 3 camca teh susu segar. Boleh juga guna yogurt jika mahu kerana yogurt bagus untuk membasmi kuman jerawat.
- Beberapa titis madu
2. Sapukan pes yang dicampur rata tadi pada permukaan wajah. Sapu nipis sahaja dan biarkan ia kering selama 20 minit.
3. Dengan gerakan seperti skrub, bilas mask tersebut menggunakan air.
4. Selepas mencuci, sapukan toner dan pelembap wajah kegemaran.
Adakah Mask Kunyit akan Tinggalkan Kesan Kuning Pada Wajah?
Tidak. Penggunaan mask kunyit pada wajah sama sekali tidak akan meninggalkan kesan kuning atau oren pada wajah. Tidak seperti tangan yang menggoreng ikan, tekstur kulit wajah mungkin berbeza dengan kulit tangan buatkan kesan kuning kunyit tidak melekat padanya.
Oleh sebab itu, anda kehendaki menyapu nipis mask tersebut pada wajah. Jangan risau jika anda kesan pada wajah sekalipun, ia akan hilang lepas dibasuh berulang kali. Lakukan rutin ini pada hujung minggu okay?
Enjoy your glow! ❤️