Jika dahulu para selebriti dilihat berebut dalam mengeluarkan jenama wangian dan fesyen.
Kini lain pula, terbaharu apabila para selebriti bergiat dalam mengeluarkan jenama produk kecantikan. Sebelum ini mereka banyak diambil sebagai kolaborasi dalam produk, koleksi atau inspirasi tapi sekarang mereka juga bijak dalam mengikuti trend dunia solekan. Menempah diri dalam dunia solekan bukan kerja mudah, ia berkait dengan persaingan dengan jenama yang sudah punya tapak sendiri.
Tapi kalau selebriti yang sudah pegang dunia dengan nama mereka sudah pasti tidak menjadi masalah… Ini 3 selebriti antarabangsa dimana jenama solekan mereka menjadi kegilaan, rebutan dan sold-out dalam beberapa minit.
#1 Kylie Cosmetics
Bermula dengan pengenalan lip kit Kylie yang menawarkan pilihan warna lipstik matte. Kini mogul dunia kecantikan Kylie Jenner membuat jualan berganda dengan rangkaian pembayang mata dan sering mengejutkan peminat dengan koleksi-koleksi sempena ulang-tahun kelahirannya.
Tak tahu lah formula apa yang digunakan dalam lipstik matte Kylie, ianya sentiasa menjadi kegilaan peminat lipstik matte, rata-rata dari mereka mengemari formula lipstik berkenaan. Nampaknya gadis remaja berusia 20 tahun ini benar-benar menakluk dan berjaya membuat duit pada usia yang sangat muda.
Cara nak dapatkan Kylie Cosmetics? Layari https://www.kyliecosmetics.com/
#2 KKW Beauty
Lepas si adik, si kakak pula mahu memonopoli dunia solekan dengan konsep berkongsi rahsia teknik countoring beliau. KKW Beauty dari singkatan Kim Kardashian West Beauty mengeluarkan produk contouring dan highlight. Dahulu berebut peminat untuk tahu apa yang digunakan oleh Kim K dalam mendapatkan ilusi wajah runcing, sekarang no more secrets…
Kalau dah nama adik-beradik, Kim K dan Kylie juga menghadiahkan para peminat mereka dengan warna-warna lipstik nude KKW yang memang serupa dengan bibir Kim K sangat!
Nak countoring dan bibir nude ala Kim K? Layari https://kkwbeauty.com/
#3 Fenty Beauty
Produk keluaran beliau menjadi tajuk utama dalam berita kecantikan apabila dipercayai Fenty Beauty milik penyanyi pop Rihanna telah mengubah persepsi dalam dunia solekan. Satu-satunya jenama yang mengeluarkan rona bedak asas untuk semua warna kulit!
Menariknya lagi, produk highlight Fenty Beauty juga paling da bomb berbanding jenama lain. Lihat sahaja pigmentasi highlight Killawatt memang memukau. Jika produk Kylie Cosmetics dan KKW Beauty pelanggan harus membeli di laman web mereka, namun Fenty Beauty memudahkan urusan pembelian dengan membuka jualan di butik Sephora dan secara atas talian di seluruh dunia.
Beli mudah Fenty Beauty di butik Sephora Malaysia atau di https://www.sephora.my/brands/fenty-beauty