Setiap wanita inginkan perkahwinan yang sempurna, lebih-lebih lagi untuk penampilan raja sehari. Kalau boleh biarlah serba-serbi sempurna dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.
Baru-baru ini, Vinda Deluxe, sebuah jenama tisu baharu memilih untuk memperkenalkan jenamanya di Malaysia menerusi majlis perkahwinan pasangan Anthony Wong dan Shervyn Chua, dengan dibantu sentuhan pereka fesyen, Nurita Harith.
Nurita mencipta kelainan dalam industri fesyen di Malaysia dengan menggunakan lapisan juntaian fabrik yang indah. Gaun istimewa ini menggabungkan elemen keteguhan dan kelembutan tisu yang sememangnya sinonim dengan Tisu Vinda Deluxe.
“Saya tidak menyangka tisu boleh digunakan untuk mereka gaun. Teknologi Tenunan Fiber menjadikan tisu ini bukan saja kuat, malah lembut. Keistimewaan tisu Vinda Deluxe ini membuatkan saya berasa seolah-olah seperti sedang menggunakan fabrik lembut,” kata Nurita Harith.
“Setiap pasangan perlu berpegang kepada nilai-nilai positif untuk terus bahagia dalam hubungan. Sama seperti produk Vinda Deluxe yang diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, bermutu tinggi dan pulpa kayu import yang 100% asli. Teknologi Tenun Fiber menjadikan tisu tidak mudah koyak apabila basah,” jelas Evelyn Chan, Pengarah Pengurusan di Vinda Group Sea.
Untuk malumat lanjut berkaitan Tisu Vinda Deluxe dan aktiviti kempen, ikuti laman Facebook Vinda Tissue Malaysia.