Pesta kesihatan besar-besaran anjuran XHale Asia (M) Sdb Bhd iaitu Malaysia Urban Retreat Festival (MURFEST) kini kembali untuk tahun keempat dari 3 hingga 5 November di Le Meridien Putrajaya!
Dengan kerjasama bersama badan-badan kerajaan seperti Kementerian Pelancongan dan Wariasan Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan menerusi FitMalaysia, XHale Asia komited menyediakan platform kesihatan terbaik menjelang 2020.
Shobie Malani, Pengasas MURFEST berkata, “Selama ini MURSEFT telah berhempas-pulas untuk menerapkan pemikiran positif terhadap amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat Malaysia agar mereka tahu menyeimbangkan keharmonian gaya hidup secara menyeluruh.
“Tahun ini, Kami dengan bangganya berkolaborasi dengan banyak pakar dari industri kesihatan Malaysia untuk memperhebat acara tahun ini,” tambahnya.
Sertai pelbagai acara kesihatan menarik termasuklah bengkel, program bersijil serta jangan ketinggalan untuk sertai bintang sensasi tarian Salsa, Alejandro Angulo yang akan mengetuai kelas Salsa bersama 360 Active Studio di Teh Plaza, Lim Kok Wing University, Cyberjaya.
Selain itu, MURFEST juga bakal menempatkan JustBe Markets iaitu bazaar yang menjual serta mempamerkan seleksi produk kesihatan organik terbaik dari luar dan dalam negara.
Istimewa untuk peserta kanak-kanak yang menyertai MURFEST kali ini, mereka berpeluang merasai pengalaman menerusi seleksi aktiviti anjuran KIDZ CLUB sekaligus menguji kekuatan mental dan fizikal.
Tiket MURFEST adalah berharga RM69 hingga RM399 yang boleh dibeli menerusi laman sesawang [murfest.com/tickets] Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi MURFEST di [www.facebook.com/MURFEST].