Lupakan Kendall Jenner, Bella Hadid, Gigi Hadid kerana the new ‘It Girl’ kini bakal kuasai pentas peragaan. Orangnya juga bukan calang-calang kerana ibunya Cindy Crawford merupakan supermodel tersohor dalam dunia modelling dan kalau anda tidak mengenalinya maka anda boleh diibaratkan seperti ‘katak bawah tempurung’. Okay gurau!
Dan mungkin sudah tertulis, Kaia Gerber akan mengikuti jejak langkah ibunya. Di usia 13 tahun, Kaia menandatangi kontrak bersama IMG Models di usia 13 tahun. Kini, Kaia,16, debut di pentas peragaan untuk NYFW yang sedang berlangsung. Bukan satu tetapi empat label mewah menjadi tempat Kaia beraksi untuk musim kali ini, antaranya Calvin Klein, Alexander Wang, Fenty x Puma dan Coach.
Bahkan ibunya juga memberi kata-kata sokongan malah cukup yakin si fotogenik ini dapat melakukan kerja dengan baik.
“Semuanya berjalan dengan baik sekali. Dia kelihatan sangat selesa. Saya sangat teruja untuknya dan dia juga sangat teruja,” jelas Cindy Crawford.
“Anda tahu apa, kadang-kadang perkara yang tidak diingini akan berlaku – tergelincir, kasut rosak di tengah catwalk. Jangan berpura-pura ia tidak berlaku – anda akan merasakannya tetapi teruskan juga,” nasihat Cindy kepada Kaia agar enjoy untuk setiap momen.
Penulis rasakan cara Kaia catwalk lagi menarik dari Kendall Jenner. Siapa setuju?