Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

Bakal Jadi Telefon Pintar Paling Mahal, Apple Perkenal iPhone X!

by Afiqah Syamin
September 13, 2017
58
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Siap sedia berjimat-cermat dari hari ini jika anda menyimpan impian untuk memiliki model iPhone paling terkini inovasi Apple!

Kamera berganda pada model iPhone X. Sumber: theinquirer.net
Dari kiri: iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 8. Sumber: theinquirer.net

Semasa berlangsungnya sambutan ulang tahun Apple ke-10 semalam, Apple mendedahkan satu berita mengejutkan buat semua peminat perantinya dengan memperkenalkan tiga lagi model iPhone terbaharu termasuklah iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Bukan itu sahaja, Apple TV 4K dan Apple Watch 3 pun ada juga!

Tonton Video Penerangan Tentang Ciri-Ciri dan Reka Bentuk iPhone X

https://www.youtube.com/watch?v=K4wEI5zhHB0

Walau bagaimanapun, iPhone X adalah model telefon pintar paling mahal berbanding iPhone 8 dan 8 Plus kerana sistem dan reka bentuknya lebih maju setanding gaya hidup moden yang mencerminkan ketangkasan serta gaya versatile.

iPhone X tak perlukan wayar untuk mengecas, sebaliknya hanya menggunakan pad elektronik khas. Sumber: AFP

Khabarnya, harga iPhone X adalah sekitar $999 (RM4,204) dan $1149 (RM4,834). Antara keistimewaannya adalah memiliki paparan jenis Super Retina, sistem pengenalan wajah (FaceID) yang hanya akan berfungsi sebaik paparan hadapan dihalakan ke wajah sebagai sistem keselamatan terkini serta pengecasan tanpa wayar yang hanya memerlukan pengguna meletakkan telefon di atas pad khas untuk mengecas telefon berkenaan.

Face ID pada iPhone X juga boleh berfungsi dalam keadaan gelap. Sumber: Reuters

Dalam masa yang sama, Home Button berbentuk bulat ikonik yang sepatutnya ada pada iPhone juga telah dimansuhkan dan menggantikannya dengan bar digital pada bahagian bawah skrin telefon.

IKLAN

Sementara itu, iPhone 8 dan 8 Plus pula telah dinaik taraf secara langsung dari iPhone 7 terdahulu (2016) dan katanya jauh lebih murah iaitu hanya sekitar $699 (RM2,941) dan $799 (RM3,361) mengikut saiz ruang simpanan.

Tonton Montaj Pengenalan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus

https://www.youtube.com/watch?v=k0DN-BZrM4o

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus lebih murah berbanding iPhone X. Sumber: Getty Images North America

Pembaharuan yang dapat dilihat pada iPhone 8 dan 8 Plus adalah merangkumi reka bentuk badan kaca yang hadir dalam rona perak, kelabu serta rona emas baharu. Rekaan gelas pada skrin paparannya adalah tahan lasak berbanding model-model Apple yang lain serta kalis air dan habuk.

Tiada lagi Home Button ikonik pada Iphone X. Sumber: Pinterest

“Pengumuman iPhone X ini menandakan kemajuan inovasi Apple yang pastinya memberi kesan kepada semua para peminatnya termasuklah skrin beresolusi tinggi, kamera berganda untuk galak kestabilan rakaman gambar dan video serta dilengkapi sistem Home Button yang baharu,” jelas Ernest Doku, pakar telefon pintar di uSwitch.com.

Apple menggantikan Home Button ikonik iPhone dengan bar digital. Sumber: Reuters

Biarpun Apple cuba menarik minat pengguna dengan sistem kamera depth-sensing yang boleh mengenal pasti wajah serta animasi emoji yang dipanggil Animoji khas untuk pengguna iPhone X, Apple bagaimanapun berdepan dengan pelbagai cabaran untuk meyakinkan para peminat fanatiknya bahawa gajet baharu itu mampu memberikan kepuasan setanding model-model perantinya yang sebelum ini.

SUMBER 

Tags: appleberitaFaceIDgajetiphoneiPhone 8iPhone 8 PlusiPhone Xisu semasateknologiTelefon Pintar Paling MahalUlang Tahun Apple ke-10
Share23SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

[REVIEW] Fujifilm instax mini BTS Butter Version, 4 Benda Wajib Tahu Sebelum Beli instax mini 11 Edisi Khas Ini!
Teknologi

[REVIEW] Fujifilm instax mini BTS Butter Version, 4 Benda Wajib Tahu Sebelum Beli instax mini 11 Edisi Khas Ini!

December 22, 2021
“Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini
Teknologi

“Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini

December 9, 2021
Adakah Salah Jika Anggota BLACKPINK Tak Pakai SAMSUNG Tapi iPhone?
Teknologi

Adakah Salah Jika Anggota BLACKPINK Tak Pakai SAMSUNG Tapi iPhone?

October 13, 2021
[Temu Bual] Unik Dan Trendy, CasesbyWF Bukan Sekadar Casing Phone Lokal
Teknologi

[Temu Bual] Unik Dan Trendy, CasesbyWF Bukan Sekadar Casing Phone Lokal

May 31, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.