Permainan dalam memilih warna lipstik memang memeningkan, kalau anda juga sama seperti penulis yang sukar membuat keputusan untuk sebatang lipstik. Serius memang rambang mata dan takut kecewa pun ada juga kalau warna yang dipilih tidak sesuai.
Jenama kosmetik M.A.C Cosmetics tidak asing dalam dunia kecantikan, hampir seluruh dunia mengenali M.A.C tidak kira jurusolek profesional atau suri rumah yang suka bersolek pasti sekurang-kurangnya produk M.A.C bukan.
Antara yang paling laris di mana-mana kaunter M.A.C ialah lipstik matte yang merangkumi dari warna gelap, coklat nude, pastel sehingga terang menyala. Pada anda yang baharu sahaja ingin berjinak-jinak mencuba lipstik matte M.A.C penulis sarankan 8 warna ini yang paling cantik dan sesuai dipakai untuk penampilan harian.
#1 Kinda Sexy
Warna nude dengan kemasan peachy yang sesuai dengan apa jua makeup-look. Lagi-lagi kalau anda bersolek ala Kim K. Penulis suka gabungankan Kinda Sexy dengan warna lipstik matte yang lain, ia boleh dijadikan sebagai warna base untuk ombre lip color.
#2 Velvet Teddy
Paling laris di kaunter M.A.C! Warna coklat Velvet Teddy ini amat sesuai dengan warna bibir orang Asia yang sedikit gelap.
#3 Mehr
Ramai yang kata warna ini digunakan sebagai lipstik pengantin. Anggun sekali siapa yang pakai warna Mehr yang coklat-ungu lembut.
#4 Whirl
Siapa yang berani untuk mengayakan bibir coklat gelap, patut cuba Whirl. Kalau pakai Whirl anda tidak perlu bersolek tebal kerana tarikan warna ini membuatkan wajah anda sudah ‘garang’.
#5 Pink Plaid
Warna deep pink ini memang tak pelik pun pada mana-mana warna bibir. Ia beri warna bibir tampak lebih relaks dan memaniskan wajah anda dengan seri merah jambu!
#6 Please Me
Suka rona-rona terang? Pink dari Please Me paling sesuai untuk anda. Tapi pada mereka yang kulit sawo matang dan gelap kurang sesuai dengan Please Me. Tapi kalau berani, apa salahnya.
#7 Chili
Sweet yet fierce! Kalau nak bergincu merah tapi masih nak tampak manja-manja pilih Chili. Rona merah dengan undertone oren ini juga paling laris di kaunter M.A.C.
#8 Russian Red
Rona merah ini lebih gelap dari mana-mana warna merah lipstik M.A.C. Solekan paling sesuai dengan Russian Red ialah cukup dengan bedak asas dan garisan eyeliner di matamu!
Lipstik matte dari M.A.C berharga RM82 (2017) sebatang, walaupun ia agak pricy tapi ia beri hasil kemasan yang sempurna dan formula yang digunakan amat cantik dan terserlah pada bibir si pemakai. Memang tidak rugi membeli, pilihan lipstik matte penulis pasti dari M.A.C Cosmetics.
BONUS: Jika anda sudah punya 6 batang lipstik dari M.A.C yang sudah habis, tamat luput atau dah rosak boleh tukar kepada 1 batang lipstik yang baharu secara percuma!