Apabila anda masih bujang, mungkinlah akan lebih sunyi tetapi jangan ingat orang yang mempunyai teman hidup ini sempurna dan bahagia. Mereka yang masih bujang tidak perlu bergantung kepada orang lain terutamanya dari segi emosi. Anda juga boleh mengurangkan masalah remeh di dalam percintaan yang kadang-kadang boleh membuatkan kepala lebih kusut.
Itu adalah pilihan masing-masing dan bagi yang tidak mempunyai teman, sudah tentu anda boleh mewarnakan hidup anda dengan pelbagai perkara menarik lain, kan?
Jadi Wanista ingin senaraikan 6 keistimewaan menjadi orang bujang!
Banyak masa lapang
Apabila anda masih bujang, anda mempunyai banyak masa lapang. Anda tidak perlu menghabiskan masa dengan orang lain hanya demi mempertahankan sebuah hubungan dan anda boleh melakukan apa sahaja yang anda suka setiap kali anda mahu. Anda tidak perlu memberi masa kepada orang lain.
Dapat lebih fokus pada kerjaya
Menjadi single memberikan anda banyak masa dan tenaga untuk fokus hanya pada kerjaya. Anda tidak perlu berfikir mengenai hati dan perasaan orang lain. Anda boleh mengejar kerjaya dan impian dalam apa cara yang dimahukan dan tidak perlu mendapat persetujuan sesiapa.
Anda boleh mengikut jadual anda sendiri
Sekiranya anda masih bujang, anda hanya mempunyai satu jadual untuk diikuti. Anda tidak perlu mengikut jadual orang lain dan mengubahsuai jadual sendiri untuk menyesuaikannya demi orang lain. Ini memberi anda kebebasan untuk melakukan semua kerja on time dan mempunyai banyak masa lapang untuk diri sendiri.
Mempunyai lebih banyak peluang
Menjadi single juga memberi anda peluang yang anda boleh kecapi dan tidak perlu bekerja demi orang lain. Ia memberikan anda kebebasan kepada anda untuk memilih jalan hidup secara bebas tanpa harus mempertimbangkan penerimaan orang lain.
Berbelanja hanya untuk diri sendiri
Apa sahaja yang anda peroleh, semua untuk diri anda. Tidak perlu berbelanja mahal untuk kekasih dan ambil ia sebagai satu kesempatan untuk membeli apa saja untuk diri anda. Orang kata dah penat bekerja keras, bersusah payah, mesti nak ada reward untuk diri sendiri, bukan…
Anda mempunyai kawalan penuh ke atas kehidupan anda
Hidup bujang memberikan anda kawalan sepenuhnya dan mutlak ke atas kehidupan anda dan anda boleh membawanya ke mana saja anda mahu tanpa perlu berunding atau mengambil persetujuan daripada orang lain (selain ibu bapa anda). Sebagai contoh, anda boleh mengembara bila masa yang anda suka dan anda boleh makan apa sahaja yang anda ingini, tanpa dinilai oleh orang lain!
Sekarang dah tak perlu nak bersedih kalau masih belum terima jodoh.
Sabar itu separuh daripada iman!