Kalau anda perhatikan, Korea Selatan obses akan kecantikan. Ada sahaja trend kecantikan yang baru di negara ginseng itu.
Paling terkini, trend kecantikan yang hangat diperkatakan dipanggil “Face Maker Lifting Tape” – produk baru dari Dodo Label, pada dasarnya menarik/mengangkat wajah anda.
Produk mampu milik, sekotak mempunyai 20 helai berharga 5,7000 won ($ 5) ini sangat mudah digunakan untuk wanita yang inginkan bentuk wajah tirus bak Fan BingBing bahkan yang tidak mampu mendapatkan rawatan facelift.
Bukan sahaja untuk wanita, lelaki juga boleh guna.
Cara menggunanya, ambil tape dan lekatkan di bahagian rahang, kalau boleh tarik betul-betul ke atas untuk mendapatkan bentuk tirus.
Disebabkan ianya berwarna jernih/plastik, tape boleh ditutup dengan mekap supaya tiada siapa yang nampak kehadirannya di wajah anda.
Anda berminat tak nak beli?