Semalam, berlangsungnya konsert kedua pemilihan peserta AF Megastar sebelum hanya 12 terbaik sahaja akan disunting untuk terus bertanding dalam platform baharu pertandingan nyanyian itu.
Syamel yang merupakan naib juara dari AF 2015 memilih untuk mendendangan lagu penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berjudul Diari Hatimu untuk suatu kelainan. Ternyata perkara itu bukan sahaja menarik minat penonton bahkan empuntya lagu tersebut juga tidak ketinggalan memuji bakat Syamel.
Oh Shamel … nyanyian itu sangat memukau #AFmegastars
— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) September 10, 2017
Menerusi sebuah tweet, Siti menyatakan rasa kagumnya sebaik Syamel selesai menyampaikan lagu tersebut.
“Oh Syamel nyanyian itu sangat memukau,” tulisnya.
Mereka yang layak untuk mara ke AF Megastar adalah Syamel, Indah Ruhaila, Bob, Idayu, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Ewal dna Azhar.
Sementara 12 yang tidak berjaya pula adalah Amylea, Aril, Ara, Nubhan, Anding, Adam, Rosma termasuk lima bekas juara iaitu Zahid, Faizal, Mila Jirin, Faizul dan Firman.
Konsert AF Megastar akan bermula pada 17 September nanti dan akan berlangsung selama enam minggu.
Semua peserta akan diadili sebanyak 40 peratus daripada undian penonton (AFUNDI) dan 60 peratus lagi adalah markah juri yang keseluruhannya akan dicampur di penghujung konsert sebelum seorang demi seorang akan tersingkir.
Tonton Persembahan Diari Hatimu Dalam Konsert Homecoming AF Megastar Minggu Ke-2
https://www.youtube.com/watch?v=oQakc9n9Ilc
Juri tetap AF Megastar adalah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan seorang juri undangan yang akan bersilih ganti setiap minggu.