Pelik tapi benar.
Di serata dunia terdapat pelbagai petua menarik untuk buat diri jadi cantik… Seperti Kate Middleton sendiri, beliau gunakan pupur wajah sapuan coklat Nuttela.
BACA: Juru Kecantikan ‘Pecah Rahsia’, Kate Middleton Guna Pupur Nutella Untuk Jelita
Baru-baru ini terdapat ikutan di mana, ramai perempuan mula mencuci rambut mereka dengan minuman soda popular jenama Coca-Cola yang katanya bisa membuat rambut nampak cantik semula jadi. Apakah ia benar-benar menjadi atau sekadar gurauan dan mitos?
Khabarnya mencuci rambut dengan Coca-Cola akan buat ia kelihatan lebih bertekstur dan tebal berbanding normal.
Suki Waterhouse Guna Cara Pelik Ini Untuk Cuci Rambut
Rupa-rupanya model dari England yang juga merupakan aktres cantik yang pernah membintangi filem Insurgent ini menggunakan cara sama, mencuci rambut menggunakan Coca-Cola agar rambut kekal cantik dan terlihat tebal, sesuai untuk gaya “messy hair”.
Katanya dalam satu temu bual, “Kadangkala saya cuci rambut menggunakan Coca-Cola.”
Jelasnya lagi, “Saya tidak sukakan keadaan rambut selepas dicuci dengan syampu. Ianya terlalu lurus dan nipis. Tetapi Coca-Cola menjadikannya kusut, ibarat baru menempuhi hutan Amazon”.
Tonton Wanita Cuci Rambut Dengan Coca-Cola
Hmm…jadi ada sesiapa yang berani untuk cuba petua pelik ini?
Tips!
Masa bilas jangan guna sabun, bilas hanya dengan air sahaja okay? Selamat mencuba!