Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result

Wildlife Heroes: Sunway Taja 10 Kanak-Kanak Untuk Selami Alam Semula Jadi Dan Dunia Liar

by Afiqah Syamin
September 8, 2017
28
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sepuluh orang kanak-kanak bawah 9 hingga 12 tahun terpilih untuk menyertai program bengkel pengetahuan yang mendedahkan mereka kepada alam semula jadi dan liar menerusi beberapa siri modul termasuklah mempelajari cara memelihara dan memulihara habitat flora dan fauna.

Ditaja oleh pihak Sunway Theme Park termasuklah sokongan dari dua badan iaitu Sunway lagoon dan Sunway Lost World Of  Tambun.

Selama tiga hari bermula 28 Ogos lepas, kesemua ahli Wildlife Heroes telah menyesuaikan diri dengan pelbagai aktiviti lasak serta beberapa kemahiran mandiri termasuklah aktiviti meneroka gua datuk yang banyak menyimpan kisah sejarah dan misteri tersendiri di waktu malam, meredah hutan, mengenali pelbagai haiwan liar serta habitatnya, berseronok sambil menguji ketahan mental menerusi aktiviti perkhemahan serta aktiviti air untuk membina keyakinan diri masing-masing.

Foto -Arkib Wanista

Bukan itu sahaja, ahli Wildlife Heroes juga berpeluang meneruskan cabaran meredah laluan tasik untuk melihat sendiri keadaan di dalam 6th Mile Tunnel yang sememangnya memukaudan adalah bagus sebagai inisiatif bagi mendedahkan kanak-kanak kepada keajiaban alam sebenar serta cara memeliharanya agar terus kekal sebagai warisan untuk generasi akan datang.

Foto -Arkib Wanista

Tidak tamat di situ, ahli Wildlife Heroes turut berpeluang bermesra dengan hidupan liar safari di The Petting Zoo seperti zirafah, kuda belang, pelbagai sppesis burung, beberapa spesis ular, badak air, harimau, rusa dan banyak lagi.

Foto -Arkib Wanista

Aktiviti sebegini diharap dapat memberi pengajaran bukan sahaja tertumpu pada akademik semata-mata malah juga mengajar anak-anak masa kini untuk jadi lebih bertanggungjawab dan sayang terhadap hidupan alam.

Foto -Arkib Wanista

Wildlife Heroes akan diteruskan sebagai aktiviti tahunan yang menggalakkan penyertaan daripada kanak-kanak 7 hingga 12 tahun yang minat untuk mempelajari asas kemahiran tentang rahsia alam flora dan fauna. Ini adalah bagi menyahut seruan dan impian Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Jeffrey Cheah yang amat mementingkan pendidikan dalam kalangan anak-anak muda.

IKLAN

View this post on Instagram

WILDLIFE HEROES! 10 orang kanak-kanak warganegara antara 9 – 12 tahun telah ditaja oleh Sunway Theme Park untuk menjalani khursus khas mempelajari ilmu habitat alam semula jadi, termasuklah cara memelihara dan memulihara flora dan fauna di Sunway Lost World of Tambun. @sunwaylostworldoftambun . Photos taken with HUAWEI NOVA 2 PLUS. @huaweimobilemy . #WildlifeHeroes #SunwayLostWorldofTambun #Nature #BacktoBasic #SunwayGroup

A post shared by WanistaMY 🇲🇾 (@wanistadotcom) on Aug 28, 2017 at 6:27pm PDT

Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.sunwaythemeparks.com]

Tags: 6th Mile TunnelAlam Semula JadiGua Datukhaiwanhidupan liarhutanipohkanak-kanakperakSafarisunway lagoontaman temaTaman Tema SunwayThe Lost World Of TambunWildlife Heroeszoo
Share11SendShare

Artikel Berkaitan

Bukan Lagi Gossip Girl! Smoky Eye Ekstrem Bawa Karakter Rock Taylor Momsen
Selebriti

Bukan Lagi Gossip Girl! Smoky Eye Ekstrem Bawa Karakter Rock Taylor Momsen

February 4, 2023
Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!
Kecantikan

Guna Jari Pun Boleh, Ini Cara Nak Tahu Kuantiti Tepat Bila Pakai Sunscreen!

February 4, 2023
Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?
Fesyen

Beg Tangan Ilham Dari 7 Nama Ikon Dunia, Ada Yang Dah Jadi Milik Kamu?

February 4, 2023
Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh
Selebriti

Bakal Menang Oscar? Ini Yang Perlu Kamu Tahu Tentang Michelle Yeoh

January 29, 2023

IKLAN

Trending

  1. 1

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

  2. 2

    Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak Pakai Cincin Merisik Dan Tunang

  3. 3

    Selena Gomez Buat Kecoh Tanggal Mekap Guna Serum Harga RM1075

  4. 4

    5 Sebab Bukit Tunku Jadi Tempat Paling Ngeri Di KL

  5. 5

    Minum Suplemen Berocca, Air Kencing Jadi Kuning. Ini Ahli Farmasi Jelaskan Sebab

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.