Manis sungguh gadis sunti berdarah Indonesia yang bakal bergelar isteri kepada Engku Emran ini.
Aktres negara jiran iaitu Bella atau nama sebenarnya Laudya Cynthia Bella dilihat menyarungkan busana cantik serba biru semalam, sewaktu berlangsungnya majlis mohon restu yang diadakan bagi meraikan bakal mempelai sesama keluarga terdekat sebelum bernikah dalam pertengahan bulan ini.
https://www.instagram.com/p/BYnch7vA9Ai/?hl=en&taken-by=laudyacynthiabella
Sejak semalam, viral video Bella menitiskan air mata kala memohon restu dari kedua ibu dan bapanya untuk berkahwin. Antara bait ayat yang disebut Bella adalah “Inshaa Allah sampai kapan pun, hati dan cinta Bella akan tetap bersama keluarga… Terima kasih untuk semuanya” sebelum tunduk mengucup tangan kedua orang tuanya.
Tonton Video Bella Mohon Restu Dari Ibu dan Bapanya
https://www.instagram.com/p/BYn8QwyhW4x/
Video tersebut telah menyentuh hati ramai peminat dan netizen yang menonton dan rata-ratanya berharap agar majlis pernikahannya bersama Engku Emran nanti akan berjalan lancar dan diredhai Allah s.w.t.
https://www.instagram.com/p/BYntmWGgMex/
Dalam kegembiraan itu, Bella juga sempat berkongsi momen indah menerusi foto sekitar majlis yang dimuat naik ke akaun Instagram lewat semalam.
https://www.instagram.com/p/BYnN7S4AusD/?hl=en
https://www.instagram.com/p/BYpPJjrgSP5/?hl=en&taken-by=laudyacynthiabella
https://www.instagram.com/p/BYpK3mbgYDn/?hl=en&taken-by=laudyacynthiabella
https://www.instagram.com/p/BYoYrNzAaSm/?hl=en
https://www.instagram.com/p/BYoZrdggSJD/?hl=en
Nampaknya, Bella sudah tidak sabar menuju ke hari bahagianya!
Biarpun begitu, sehingga kini, Engku Emran pula masih belum berkongsi sebarang makluman mengenai perkara itu dan apa yang jelas adalah persediaan untuk mewujudkan lembaran hidup baru bersama sang permaisuri hatinya telah siap dilakukan.
https://www.instagram.com/p/BYkgopPAL-L/?hl=en&taken-by=laudyacynthiabella
Kedua-dua personaliti itu mula menjalin hubungan beberapa bulan lalu selepas dikatakan diperkenalkan pelakon, Nora Danish.
Tidak mengambil masa yang lama untuk bercinta, pasangan yang berbeza jarak usia 13 tahun itu akhirnya dilaporkan memilih untuk disatukan, bulan ini.
Majlis itu dijangka berlangsung secara tertutup.