Etude House, jenama produk solekan No. 1 di Korea rasminya telah dibuka di Sunway Pyramid Shopping Mall, Malaysia. Stor flagship Etude House pertama di Malaysia ini menyediakan lebih daripada 1,000 rangkaian produk termasuklah komestik, penjagaan kulit dan badan, minyak wangi, penjagaan rambut, pewarna kuku dan banyak lagi.
Stor yang direka bertemakan warna yang sweet selari dengan fesyen terkini, sekaligus memberi nafas baharu kepada budaya Makeup Play termasuk sudut ‘Find Your Look’ yang mempamerkan ‘Etude House Signature 9 Looks’ dengan pelbagai produk khas, serta 9 video tutorial untuk pelanggan mempelajari dan meneroka pelbagai gaya dan produk paling sesuai dengan diri mereka.
Disamping itu, koleksi ‘Dear My Glass Tinting Lips-Talk’ diperkenalkan dengan 20 rona warna bibir dan 20 bekas gincu yang direka khas supaya pelanggan dapat membuat pelbagai padanan mengekspresi personaliti melalui gincu. Khidmat ukiran juga disediakan bagi memberi senthan lebih peribadi kepada ‘Lips-Talk’ dalam pilihan tiga bahasa – Bahasa Korea, Bahasa Melayu dan Inggeris. Ia boleh ditebus secara percuma dengan pembelian set lengkap pada harga promosi RM56 sempena pembukaan stor flagship.
Dapatkan koleksi kosmetik Etude House di Sunway Pyramid Shopping Malls di Lot G1.76 & G1.77.