Baru sahaja penulis berkongsi tentang rutin kecantikan malam dengan menggunakan jeli petroleum Vaseline pada minggu lalu.
BACA: Amalkan Sapu Vaseline Sebelum Tidur, Trik Jadi Cantik Semulajadi!
Sebenarnya banyak lagi kegunaan Vaseline yang kita semua belum didedahkan. Tapi yang paling mengejutkan penulis Vaseline juga boleh besarkan saiz payudara! Betul ke? Penulis pun belum cuba teknik ini sebab masih ragu-ragu dengan keberkesannya.
Apa yang ada dalam jeli petroleum Vaseline?
Jeli petroleum dari Vaseline diperbuat dari jeli petroleum tulen yang mengandungi sumber mineral dan lilin mikrokristalin supaya ia lebih lembut dan mudah digunakan. Ianya sememangnya selamat digunakan dan bagus untuk memperbaiki masalah kulit. Dari masalah ekzema atau kegatalan kulit, kulit melecur sehingga luka kecil ia boleh merawat, melembutkan kulit sekaligus melembabkan kulit yang kering.
Jadi ada benar ke sapuan Vaseline pada payudara boleh mengubah saiz payudara lebih besar? Dari teori penulis sendiri, jika kita kerap memakai Vaseline di bibir ia juga mampu beri bibir lebih menggiurkan (plumpy). Maka ia mungkin beri efek yang sama dibahagian payudara.
Pada anda yang inginkan payudara mantap bak Kylie Jenner, boleh lah mencuba teknik ini. Bezanya teknik ini berbanding dengan teknik yang lain ialah ia cara yang lebih semulajadi tanpa pengambilan makanan atau minuman tambahan yang kebarangkalian mempunyai bahan yang tidak ketahui.
Cara-cara menyapu Vaseline pada payudara
Mudah, ambil petroleum jeli Vaseline sapu pada payudara anda dengan urutan lembut. Ulangi teknik pada siang dan malam sebelum tidur.
Keberkesanan?
Penulis tidak pasti tentang hasilnya, tapi anda boleh cuba dan lihat hasilnya selepas satu bulan penggunaan. Jangan lupa untuk ukur payudara anda sebelum dan selepas untuk merasai sendiri perbezaannya.
Teruja tak? Wanista cabar anda untuk lakukan teknik ini..kongsikan tentang hasil anda kepada kami ya!