Siapa disini selalu sahaja terbersin? Kadang-kadang sampai rasa menggangu orang sekeliling.
Bila bersin bukan sahaja menyebabkan lantunan bunyi yang kuat, malah air yang keluar dari hidung dan mulut juga buat diri sendiri rasa tidak selesa. Penulis cukup pantang kalau bersin lebih dari 4 kali, yelah orang kata kalau bersin lebih dari 4 kali tandanya badan nak jatuh sakit. Oh no!
Tapi sebenarnya bila kita tebersin, badan kita terutamanya dibahagian rongga hidung bekerja dengan baik. Ia bertindak memberi reaksi kepada bakteria atau virus didalam hidung dan tekak.
Kenapa terbersin?
Untuk membersihkan saluran dan rongga hidung dari sebarang bakteria atau virus kerana bulu hidung biasanya memerangkap kotoran dan habuk. Selain itu, terdapat juga kotoran yang tajam yang merangsang sel membran menjadi sensitif dan itulah yang membuat anda terbersin. Auucumm!
Jadi betul ke bersin, tanda badan sihat?
Ya, jika anda kerap bersin itu petanda hidung anda bekerja membuang segala kuman dan bakteria tapi itu juga menjadi ukuran tentang kebersihan diri dan sekeliling anda. Kesimpulannya bila terlalu kerap bersin, terdapat banyak kuman dan bakteria di rongga hidung anda.
Sebab lain bersin selain nak demam atau selsema?
- Membersih hidung dari habuk kotoran dan serbuk pedas (memasak)
- Bernafas dalam udara sejuk
- Alergik dengan sebarang ubat-ubatan
- Membran hidung terlalu sensitif
Perkara yang anda perlu jaga-jaga apabila terlalu kerap bersin ialah kebersihan disekeliling anda. Pastikan anda selalu bersih karpet, langsir atau kelengkapan rumah dari fabrik yang boleh mendatangkan habuk dan sawang. Padahnya boleh membawa penyakit tau!