Gabungan kopi dan susu berkualiti menyempurnakan harmoni dalam satu cawan, itulah yang selalu disediakan oleh barista profesional. Kini Nespresso membawakan tiga pilihan sensasi kopi edisi terhad yang khas disediakan dengan susu.
Diinspirasikan dari rasa kompleks kopi dan kepakaran menyediakan susu dari barista. Nepresso perkenal tiga pilihan kopi seperti BARISTA Chiaro untuk Cappucino, BARISTA Scuro untuk Espresso Machiato dan BARISTA Corto seperti black Ristretto.
Bagi memperkenalkan koleksi BARISTA edisi terhad ini, Nepresso telah bekerjasama dengan Barista Terbaik Malaysia, Jason Loo, Juara Kejohanan Barista Malaysia. Jason mencipta resepi menggunakan kopi Nespresso bersama rasa tempatan.
Kopi BARISTA Chiaro, Scuro dan Corto akan berada secara terhad di www.nespresso.com bermula 4 September 2017. Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi BARISTA, boleh hubungi Nespresso Malaysia di talian 1800 80 701.