Cindy Crawford, supermodel hebat sekitar tahun 90-an.
Kini, supermodel itu sudah pun menginjak ke usia 51 tahun akan tetapi masih kekal cantik seperti tidak dimamah usia. Siapa sangka kecantikan yang diwarisi jatuh pada anak gadisnya, Kaia Gerber yang berusia 15 tahun. Wajah Kaia yang saling tidak tumpah seperti Cindy semasa muda menjadi tarikan paparazi dan pihak media untuk merakamkan gambar mereka malah kini Kaia mengikuti jejak langkah ibunya itu dalam bidang peragaan. Iyelah, kata orang ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi.
Kaia juga bukan calang-calang, di usia 14 tahun dia dipilih sebagai salah seorang wajah untuk label mewah Alexander Wang. Kaia bersama-sama muka baharu seperti Anna Ewers dan Peyton Knight membentuk #WANGSQUAD untuk koleksi SS16.
Kaia menandatangi kontrak bersama IMG Models pada usia 13 tahun. Mungkin sudah tertulis, Kaia akan mengikuti jejak langkah ibunya. Dia mungkin masih terlalu muda untuk berjalan di pentas peragaan tetapi tunggu dan lihat sahaja di masa akan datang.
https://www.instagram.com/p/BW0jrfhBy8F/?hl=en&taken-by=kaiagerber
Pada tahun 2012, Kaia debut sebagai model untuk Versace Kids. “Seperti ibunya, Kaia juga mempunyai keisitimewaan yang tersendiri. Kamera benar-benar menyukainya,” jelas Donatella Versace.
https://www.instagram.com/p/BOhuob-jbRQ/?hl=en&taken-by=kaiagerber
Cantik sugguh Kaia Gerber ni. Mukanya langsung tidak jemu dipandang. Beruntung!