Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Aznil Kembali Jadi Pengacara Untuk Akademi Fantasia Megastar September Ini!

by Afiqah Syamin
August 24, 2017
6
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Memang ramai yang rindu dengar celoteh pengacara ‘otai’ yang seorang ini!

Terkini, nama beliau sekali lagi disebut-sebut ramai apabila dipilih untuk mengacarakan rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar yang akan dipancarkan secara langsung bermula 17 September nanti.

Pernah mengacara selama lima musim berturut-turut dalam program pertandingan nyanyian realiti yang digemari rakyat Malaysia itu, sehingga tahun sudah, AF sudah berjaya melahirkan seramai 179 orang alumni sepanjang 13 musim sejak 2003.

Lapor portal My News Hub semalam, Aznil atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Nil itu bakal menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya dengan baik demi mengimbau kenangan bersama kesemua 24 peserta yang terlibat.

“Saya mungkin tidak boleh menyaingi pengacara selepas saya meninggalkan AF tetapi yang pasti menerusi program ini saya akan kembali membawa kenangan bersama semua peserta.

“Ia tanggungjawab yang besar dan Insya-Allah saya akan galasnya dengan baik,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Pemilihan peserta AF Megastar adalah berdasarkan prestasi terkini dalam pusingan yang telah diadakan secara tertutup manakala bekas juara pula secara automatik diserap semula.

Sumber: Astro Gempak

“Semua 24 peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan untuk berentap untuk melayakkam diri ke peringkat seterusnya dan hanya 12 peserta akan dipilih.

“Bagi konsert prelude markah adalah daripad juri profesional sepenuhnya manakala konsert mingguan 40 peratus undian SMS dan online selebihnya juri,” ujar Aznil.

Bekas pelajar AF yang terlibat adalah:

  • Rosma (AF1)
  • Zahid (AF2)
  • Adam (AF2)
  • Anding (AF2)
  • Bob (AF2)
  • Amylea (AF3)
  • Idayu (AF3)
  • Marsha (AF3)
  • Faizal (AF4)
  • Mila (AF5)
  • Nubhan (AF6)
  • Aril (AF7)
  • Shahir (AF8)
  • Adira (AF8)
  • Amir Jahari (AF9)
  • Faizul (AF2013)
  • Azhar (AF2013)
  • Indah (AF2013)
  • Firman (AF2014)
  • Ewal (AF2014)
  • Syamel (AF2015)
  • Amir (AF2016)
  • Ara (AF2016)

24 peserta ini akan berentap pada Konsert AF Homecoming bagi memilih hanya 12 yang terbaik antara mereka untuk mara ke peringkat seterusnya.

Untuk edisi ini, Datuk Ramli MS dan Syafinaz akan menjadi juri profesional tetap dan setiap minggu akan ada seorang lagi juri undangan. 

SUMBER 1 & 2

Tags: AFAF Megastarakademi fantasiaAkademi Fantasia 2017datuk aznil nawawihiburanMengacara AF MegastarRancangan Realiti Televisyenselebriti malaysia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - @puteranordanish2 (TikTok) / Facebook
Gosip Tempatan

“Patutlah Melekat, Setia Je”- Bekas PA Dedah Nur Sajat Bayar Jadoos RM1700 Setiap Bulan

by Opie Azizlan
January 6, 2022
0

Sumpah terkejut! Ingatkan masih bersama dan setia atas dasar cinta, rupanya wang. Rakan baik merangkap bekas pembantu, Mokkay mendedahkan Jad...

Baca Lagi
Foto - Netflix
Hiburan

Lagi Banyak Review Negatif Dari Positif, Ini Yang Gong Yoo Respon Tentang “The Silent Sea”

by IamLisa
January 5, 2022
0

"Betul ke siri The Silent Sea tak best? Kalau lihat pada review, kebanyakan lebih negatif daripada positif, dah kenapa?" Berbekalkan...

Baca Lagi
Foto - Okezone
Hiburan

‘Mengidam’ Naik Motor Vespa, Raffi Ahmad Hadiahkan Isterinya Nagita Slavina Vespa Dior

by IamLisa
January 3, 2022
0

Wanita lain mengidam makanan, tapi isteri kepada penghibur Raffi Ahmad lain macam mengidamnya. Bayangkan dia teringin naik motor Vespa. Dipetik...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Hiburan

Seriuslah?! 6 Selebriti Dilaporkan Telah Disaman Oleh Peminat Sendiri

by Opie Azizlan
January 3, 2022
0

Pernah terlintas tak peminat akan saman idola kegemaran mereka? Macam kelakar dan tak masuk akal, tetapi perkara itu ada berlaku...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.