Orang kata tak lengkap tak pakai concealer kalau mekap. Iya ke?
Mereka yang ada masalah parut jerawat biasanya menggunakan concealer untuk memudarkan tanda cela tersebut dan juga sebagai highlight menaikkan tulang hidung, pipi dan dagu. Namun penulis pun jarang memakai concealer… sebab?
Concealer penyebab foundation penulis jadi bercapuk, crack dan mekap tak tahan lama!
Siapa ada masalah yang sama dengan penulis rupanya telah salah teknik selama ini. Ada 6 kesalahan kita semua lakukan sebelum dan selepas memakai concealer. Bila buat 6 kesalahan ini memang ruined keseluruhan mekap.
#1 Tak Pakai Primer
Asas pertama untuk mendapatkan mekap yang flawless ialah hasil dari pemakaian primer. Jadi selepas selesai rutin melembab, langkah pertama ialah dapatkan primer ya. Pada mereka yang skip primer, bukan sahaja concealer tak tahan lama, satu look mekap tak tahan.
#2 Apply Concealer Sebelum Foundation
Ramai yang masih lagi keliru, nak pakai foundation dulu ke concealer dulu? Sentiasa ingat foundation adalah asas menyempurnakan warna kulit, jadi apply foundation dahulu. Kemudian baru tambah dengan concealer, bayangkan kalau anda pakai concealer kemudian blend foundation. Hilanglah concealer!
#3 Salah Pilih Warna
Cara terbaik untuk memilih tona concealer yang tepat ialah tona dua kali lebih cerah dari tona foundation anda. Memakai concealer yang terlalu cerah ia tidak membantu untuk memudarkan cela tapi sebaliknya.
#4 Salah Guna Formula
Sama seperti foundation, concealer juga terdapat dalam pelbagai formula. Pastikan anda tahu formula concealer yang mana sesuai dengan kulit anda.
#5 Teknik Blending Salah
Paling mudah untuk blend concealer dengan hanya menggunakan jari, namun teknik itu paling sesuai untuk bahagian bawah mata. Cara terbaik ialah blend concealer dengan berus concealer yang telah tersedia.
#6 Tidak ‘Set’ Mekap
Untuk mengelakkan dari concealer dan foundation cepat crack cuba lakukan teknik baking. Mudah sahaja, selesai foundation dan concealer ambil loose powder atau setting powder sapu pada bahagian yang telah siap diconceal, tunggu selama beberapa minit kemudian berus lebihan bedak. Siap!
Selain itu, gunakan setting spray untuk mekap tahan lebih lama, baca: Kenapa Wajib Pakai “Setting Spray” Lepas Mekap?
Bagi anda yang tercari-cari jenama concealer yang terbaik, baca: 5 Jenama Concealer Terbaik, Beli Di Farmasi Je!