Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home News

Siapa Mereka? Kenali 12 Wanita Paling Kaya Di Dunia

by Izzah Azizah
August 21, 2017
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kekayaan, kemewahan, wang ringgit yang pastinya siapa sahaja mahu kecapi nikmat dunia itu. 

Jangan terkejut, 12 wanita yang bakal Wanista senaraikan ini diantara wanita paling kaya diatas muka bumi. Walaupun sudah kaya-raya, mereka tidak pernah lelah untuk menambah wang ringgit yang sedia ada. 

Siapa mereka? 

#12 Sheikha Mozah 

Kekayaan: $10 juta (USD)

Foto – Vogue Arabia

Sheikha Mozah Bint Nasser Al-Missned merupakan isteri kedua bekas pemerintah Qatar. Beliau bukan sahaja ibu kepada 7 orang anak, malah aktif dalam pelbagai sosial dan aktivis dalam bidang santifik, teknologi di Qatar. Umur sahaja 58 tahun, tapi beliau pernah dinobatkan sebagai ‘Wanita Pertama Paling Bergaya di Dunia’. 

#11 Ivanka Trump 

Kekayaan: $740 juta (USD)

Foto – Reuters

Menjadi anak kepada ahli perniagaan terkenal dan juga Presiden negara Donald Trump tidak membuatkan Ivanka untuk terus hidup senang lenang. Akan tetapi, beliau berusaha mengungguli bidang perniagaan tanpa bayang-bayang bapanya. Kini Ivanka Trump mempunyai beberapa buah syarikat besar, jenama pakaian dan pelbagai lagi perniagaan. 

#10 Pansy Ho

Kekayaan: $3.4 bilion (USD)

Foto – Forbes

Mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah yang terjadi pada Pansy Ho yang dilahirkan sebagai anak ‘Raja Judi’ Stanley Ho yang terkenal dengan kekayaan miliknya. Pansy bijak menggunakan wang sehingga beliau kini paling kaya dikalangan 17 adik-beradiknya dan lebih kaya dari bapanya sendiri! 

#9 Margarita Louis-Dreyfus

Kekayaan: $5.3 bilion (USD)

Foto – IBTimes UK

Bukan sahaja wanita paling kaya di Rusia dan dunia, malah Margarita juga Pengarah Louis Dreyfus Group dan pemilik kelab bola sepak Olympique de Marseille! Namun semua ini berlaku selepas kematian suaminya dan kini beliau berkahwin semula dan mempunyai sepasang anak kembar.

#8 Carrie Perrodo

Kekayaan: $5.3 bilion (USD)

Foto – Sia Magazine

Selepas kematian suami, Hubbert Perrodo pada 2006, beliau mengelola perusahaan petroleum. Namun kini Carrie yang sudah 66 tahun menyerah segala tugasan kepada anak lelakinya. Beliau banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja kebajikan. 

#7 Charlotte Casiraghi

Kekayaan: $5.7 bilion (USD)

Foto – Hello Magazine

Bukan sahaja cantik, kaya malah Charlotte pemegang kelapan takhta kerajaan Monaco. Tidak berfoya-foya dengan wang dan beliau bekerja sebagai wartawan. Kecantikan Charlotte sering mendapat perhatian, mungkin diwarisi dari neneknya aktress terkenal Hollywood, Grace Kelly. 

#6 Christy Walton

Kekayaan: $5.7 bilion (USD)

Foto – Bloomberg

Jika dahulu dia pernah menerima kekayaan sebanyak $18.2 bilion selepas kematian suami John T. Walton yang merupakan anak kepada pengasas pasaraya Wal-Mart. Kini angka itu semakin susut tapi itu semua akibat kerja-kerja kebajikan dan masyarakat yang dilakukannya. Terbaiklah! 

#5 Iris Fontbona

Kekayaan: $13.7 bilion (USD)

Foto – Celebrity Net Worth

Wanita berusia 77 tahun ini mewarisi hasil wang yang melimpah ruah dari suaminya. Selain itu, beliau juga bijak mengendalikan perniagaan dan terus menempa nama sebagai wanita Chile paling kaya di dunia. 

#4 Laurene Powell Jobs

Kekayaan: $20 bilion (USD)

Foto – Fortune

Kepada pemilik telefon pintar iPhone inilah wanita yang disamping Steve Jobs. Selepas kematian suami, sebahagian dari saham milik Apple Inc. menjadi miliknya. Terkini beliau sibuk dengan tugasan perniagaan dan kerja-kerja amal. 

#3 Susanne Klatten

Kekayaan: $22.5 bilion (USD)

Foto – Fundraiser Magazin

Kalau anda bijak bermain saham dan wang ringgit pastinya kaya seperti wanita Jerman ini. Beliau bukan sahaja pemilik syarikat farmasi malah beliau bersama abangnya pemegang separuh saham BMW. 

#2 Alice Walton

Kekayaan: $38.7 bilion (USD)

Foto – Business Insider

Jika adik iparnya ditangga ke-6, Alice Walton anak kepada pengasas Wal-Mart menduduki tangga kedua wanita paling kaya di dunia. 

#1 Liliane Bettencourt

Kekayaan: $43.1 bilion (USD)

Foto – Jezebel

Di usia 94 tahun, wanita inilah wanita paling paling kaya di dunia! Pemilik dan pemegang saham utama L’Oreal. Jangan ingat dah tua, Liliane hanya duduk di rumah diam-diam, rupanya beliau masih lagi ligat bekerja dan menubuhkan pelbagai pusat kebajikan. 

Soalan Wanista untuk ada, kalau anda sekaya ini apa yang anda lakukan? 

SUMBER

 

Tags: Alice WaltonCarrie PerrodoCharlotte CasiraghiChristy Waltoncucu grace kellyIris Fontbonaisteri steve jobsivanka trumpLaurene Powell JobsLiliane BettencourtMargarita Louis-DreyfusPansy Hosenarai wanita paling kayaSheikha Mozahsiapa pemilik L'Orealsiapa wanita paling kaya di duniaSusanne Klattenwanita paling kaya di dunia
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Times of India
Kesihatan

Nak Vagina Bersih Dan Sihat? Cuba Buat Macam Ini…

by Opie Azizlan
February 16, 2021
0

Siapa saja yang tidak mahu vagina mereka bersih dan sihat? Untuk pengetahuan kamu, penting bagi setiap wanita untuk kekalkan kebersihan...

Baca Lagi
Foto - Smita Tandon, MD
Keibubapaan

Peka! Anak Anda Patut Dapat Vaksin Jenis Ini

by Opie Azizlan
December 23, 2020
0

Setiap bayi dilahirkan dengan perlindungan terhadap beberapa penyakit sama ada berjangkit atau berbahaya. Mereka mendapat perlindungan ini daripada antibodi semasa...

Baca Lagi
News

Dah 40 Tahun Lebih, Selebriti Ini Gayakan Bikini Persis Anak Dara

by Opie Azizlan
October 28, 2020
0

Memakai bikini tidak menjadi penghalang bagi wanita yang berusia 40 tahun dan lebih untuk kelihatan bergaya ketika memakainya. Jangan silap,...

Baca Lagi
News

Perhiasan Cindertoella Membuatkan Wanita “Born To Be Real, Not Perfect”

by Opie Azizlan
October 27, 2020
0

Diasaskan pada tahun 2018, Cindertoella adalah sebuah jenama fesyen dan perhiasan buatan Malaysia yang diasakan oleh dua orang usahawan wanita....

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.