Jika rumah BigBang Top boleh diibaratkan seperti muzium kerana dipenuhi dengan seni lukisan dari para artis serata dunia. Lain pula dengan rumah Taeyang yang mengekalkan dekorasi yang minimalis, ini membuatkan netizen terkejut melihatnya malah seakan tidak percaya.
Baca: (10 Gambar) Netizen Beranggapan Rumah Mewah Big Bang Top Kelihatan Seperti Muzium
Baru-baru ini Taeyang muncul dalam program realiti ‘I Live Alone’, yang menampilkan gaya hidup selebriti Korea yang bujang.
Rata-rata penonton terkejut melihat dekorasi hiasan dalaman rumah Taeyang yang ternyata sangat simple dan ‘home look‘. Walaupun ramai yang mengharapkan untuk melihat ‘istana mewah dan hebat’ tetapi ternyata rumah Taeyang kelihatan serba ringkas dan selesa.
Bahkan produser untuk rancangan ini juga terkejut ketika pertama kali datang ke rumah Taeyang, mereka berpendapat rumah Taeyang pasti seperti mahligai mewah kerana status Taeyang yang bergelar penyanyi terhebat masa kini.
“Memandangkan Taeyang merupakan salah seorang artis terbaik sekarang, kami mengandaikan rumahnya pasti mewah, tetapi pada hakikat, ia kelihatan seperti rumah ‘orang kebanyakan’ dengan dekorasi yang ringkas.”
Walaupun simple dengan dekorasi yang serba ringkas, tapi jangan tak tahu satu karya seni bernilai kira-kira 600 juta won (kira-kira $526,700) merupakan antara barang perhiasan di kediaman Taeyang. Nampak ringkas tetapi price tag untuk setiap barangan di rumahnya, boleh beli sebuah kereta.
Kalau nak melihat, tonton video di bawah;