Laneige bakal mengundur kembali masa dengan menawarkan rangkaian pengawalan penuaan terbaharu digelar Time Freeze termasuklah Time Freeze Essence EX, Intensive Cream EX, Time Freeze Eye Serum serta Time Freeze Firming Sleeping Mask.
Bagi menyeimbangkan kelembapan kulit serta daya tahannya, Laneige menggunakan teknologi khas dipanggil Skin Fit Up bagi merangka penghasilan kolagen.
Panitol TIMP-3 adalah sejenis sumber ekstrak semula jadi yang disunting dari Pokok Kacang Carob. Pokok Kacang Carob dipercayai mempunyai elemen anti penuaan terbaik serta dapat bekalkan kelembapan dan keanjalan semula jadi terhadap kulit manusia.
Secara klinikal kajian membuktikan ia bisa membekalkan kelembapan berterusan selama 7 jam lamanya selain menggalakkan penghasilan kolagen.
Salah satu cara lain untuk lambatkan penuaan adalah dengan menyapuu serum kerana ia diperkaya dengan pelbagai khasiat untuk memberi sensasi muda remaja pada kulit. Kawasan mata sering diabaikan menyebabkan ia kelihatan tua sebelum waktunya, Antara tanda penuaan yang sering muncul sekitar mata adalah seperti kedutan, garisan halus, sebab, bengkak kantung mata dan lain-lain. Untuk itu, gunakan Time Freeze Eye Serum untuk menghalang penuaan dari dalam lapisan kulit bahkan ia diperkaya dengan ekstrak rumpai laut (Kelp) yang akan bantu memulih kerosakan kulit lembut skeitar mata.
Antara kelebihan lain serum ini adalah turut mampu panjangkan bulu mata, menyah kedutan, menegangkan kulit agar tiada lagi kantung mata, cerahkan lingkaran gelap serta membaik pulih keadaan mata.
Selain mata, sekitar wajah juga harus dititik beratkan, membelai ia dengan Time Freeze Firming Sleeping Mask setiap malam pastinya menjadikan tekstur kulit lebih menawan!
Diramu menggunakan teknologi Sleep-Tight untuk membaiki kulit kendur.
Amalkan penggunaan Time Freeze Firming Sleeping Mask dengan alat pengurut Face-fit Roller untuk mempercepat proses penegangan yang bantu anda mengecapi bentuk wajah V idaman. Alat pengurut ini adalah manual dan tidka memerlukan sebarang bateri atau kabel pengecas.
Ayuh lengkapkan penjagaan kulit dengan rangkaian terbaaru dari Laneige Time Freeze!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.laneige.com/my] atau lawat laman Facebook rasmi Laneige Malaysia di [www.facebook.com/laneigemalaysia]
Kedua-dua produk terkini dari Laneige Time Freeze ini boleh mula didapatkan dari semua pengedar, butik cawangan dan kaunter Laneige seluruh Malaysia bermula September depan.