OMG sedapnya dapat makan Yangnyeom Chicken atau orang kita panggil ayam goreng perapan ala Korea.
Berbeza dengan ayam goreng biasa, ayam goreng ini biasanya diperap dengan rempah-ratus, gula dan garam sebelum dan selepas digoreng.
Mungkin lebih mudah kalau kita buat sendiri sebab dapat banyak tapi kalau tiada masa, beli di luar la jawabnya. Tapi masalahnya dekat mana ada jual ayam goreng Korea? Dekat KFC pun jual ikut musim.
Baca: Jom Belajar Buat Ayam Goreng Pedas Ala Korea (Yangnyeom Chicken)
Ini beberapa restorang makanan segera paling sedap sekitar Lembah Klang boleh anda singgah beli.
#1 Chir Chir
Penulis dah pernah cuba ayam goreng di sini dan boleh dikatakan tempat ini memang the best! Serius tak tipu! Ayam yang digunakan hanya yang segar serta sos perapan yang berasal dari Seoul yang mempunyai sama rasa dengan 100 outlet yang lain di Korea Selatan, China, Taiwan, Indonesia dan Singapura. Nak tahu lebih lanjut, baca review : Chir Chir Ayam Goreng Perapan Ala Korea Kini Dibuka Di Malaysia!
Lokasi hanya di Pavilion Kuala Lumpur.
Facebook – Chir Chir Malaysia
#2 4fingers
Apa kelainannya? Merangkumi menu menyelerakan hidangan ayam rangup segar dan sos pilihan buatan sendiri secara semula jadi. Bukan itu sahaja, jenama makanan asal dari Singapura ini telah mempunyai 15 cawangan di Kuala Lumpur, Medan dan bakal buka di Melbourne dan Brisbane.
Lokasi terletak di NU Sentral, Mid Valley Megamall dan Berjaya Times Square.
Facebook – 4Fingers Crispy Chicken Malaysia
#3 KyoChon
Apa beza ayam goreng KyoChon dengan ayam goreng yang lain? Ayam goreng KyoChon menggunakan sos rahsia dan teknik double fry. Dengan hanya menggunakan ayam yang segar serta bahan semula jadi bebas dari sebarang pengawat, KyoChon telah dinobatkan sebagai ayam goreng terbaik di Korea.
Nak cuba? Lokasinya terletak di 1 Utama Shopping Centre, Menara Hap Seng, Pavilion, Sunway Pyramid, G-Hotel Penang, SkyAvenue Genting, MyTown Shopping Centre dan Pearl Shopping Gallery.
Facebook – KyoChon Malaysia
#4 Nanda Chicken
Ayam dan keju bergabung, pasti meletop! Nanda Chicken adalah restoran Korea yang terletak di Solaris Mont Kiara, menawarkan pelbagai makanan Korea terutamanya ayam, tetapi highlight di sini adalah hidangan ayam tanpa tulang bersama keju. Tengok gambar pun dah terliur, apatah lagi kalau makan. Voila!
Lokasi terletak di Solaris Mont Kiara.
#5 Sweetree
Selain terkenal dengan makanan Korea yang lazat-lazat, di sini juga ada ditawarkan ayam goreng Korea. Highlight pada ayam goreng ala Korea yang manis dan pedas, luar rangup dan dalamnya lembut. Selain itu, mereka juga mempunyai pilihan seperti kimbab, pancake, topoki dan banyak lagi.
Lokasi terletak di Ampang Putra.
#6 BBQ Chicken
BBQ Chicken adalah jenama francais No 1 di Korea dan antara jenama Top 100 di Korea! Mempunyai lebih 50 buah restoran di seluruh dunia, BBQ Chicken antara yang menjadi pilihan Wanista. Di sini dijual pelbagai jenis ayam dengan pelbagai perisa – asli, manis, pedas, masam, pasti membuatkan anda kecur air liur.
Facebook – BBQ Chicken Malaysia
#7 Dubu Dubu
Siapa yang tidak kenal Dubu Dubu, terkenal dengan makanan Korea bahkan terdapat juga snek ayam goreng ala Korea yang lazat. Berdasarkan review, ayam goreng tidak benar-benar ‘goreng’ kerana ditutupi dengan sos perapan khas. Menjadikannya sedikit kurang rangup tetapi sosnya sangat lazat. Tapi itulah keistimewaan ayam goreng ala Korea.
Semua nampak menyelerakan bukan? Selalu makan ayam goreng KFC, kali ini cuba tukar selera pula, serius anda tak akan menyesal.
Selamat Menjamu Selera!