Hampir setahun sudah, pasangan selebriti yang sering diagung-agungkan semua kerana dianggap cocok bersama itu memfailkan cerai dan dalam masa yang sama, Angelina Jolie juga telah menuntut hak penjagaan enam orang anaknya.
BACA: Angelina Jolie Failkan Penceraian Terhadap Brad Pitt, Tuntut Hak Penjagaan 6 Anak – TMZ
Namun baru-baru ini ada khabar angin ynag mendedahkan bahawa Brad Pitt dan Angelina Jolie ada cuba mempertimbangkan keputusan penceraian mereka. Nampaknya “love birds” ini sedaya upaya memberi peluang yang kedua seama sendiri demi menyelamatkan keharmonian rumah tangga di samping anak-anak yang sedang membesar.
Lapor portal hiburan E! News, pasangan tersebut kini sedang menghentikan prosiding penceraian mereka bagi memberi ruang untuk berfikir semula.
Laporan itu juga menyatakan bagaimana Brad Pitt bersama Angelina Jolie sebenarnya mengambil berat tentang anak-anak mereka dan sama sekali tidak mahu ada di antara anak-anak yang terkena tempias disebabkan tindakan mereka yang melulu seolah mementingkan diri sendiri.
Brad Pitt selaku seorang bapa dan bekas suami yang bertanggungjawab dikatakan berusaha keras dengan caranya sendiri dan ia dilihat berhasil.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan penyatuan semula mereka dan secara umumnya, Brad Pitt, 53, dan Angelina Jolie, 42, memang layak menerima peluang yang kedua!