Jika anda sering mengelak daripada menikamti ais kacang kerana bimbang sakit yang menusuk secara tiba-tiba pada gigi, ia adalah kemungkinan anda mengalami masalah gigi sensitif. Sepanjang bulan Ogs 2017, rakyat Malaysia akan diberi peluang menerima pemeriksaan gigi percuma untuk mendiagnos tahap sensitif gigi mereka.
Ini merupakan kerjasama Sensodyne Malaysia dan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia. Dikenali sebagai kempen ‘Check-up‘, Sensodyne Malaysia ingin menggalakan individu yang kurang pasti tentang tahap sensitiviti gigi untuk melayari laman Facebook Sensodyne Malaysia http://mysensodynecheckup.com/ dan mengambil ujian dan sebaik sahaja mendapat keputusan, mereka akan diberi akses kepada senarai klinik yang boleh membuat pemeriksaan gigi secara percuma.
Gigi sensitif atau detine hypersensitivity adalah masalah biasa dimana satu daripada tiga orang mengalaminya. Masalah gigi sensitif berdasarkan dengan rasa sakit yang tajam secara tiba-tiba. Simptom gigi sensitif dikaitkan dari pelbagai ransangan luar seperti makan, minum, memberus gigi dan kadang-kadang bernafas (terutama dalam cuaca sejuk).
Kempen ‘Check-up’ Sensodyne Malaysia bermatlamat menyediakan pemeriksaan gigi secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi hampir 400 buah klinik gigi yang mengambil bahagian sepanjang bulan Ogos 2017. Pada anda yang tidak pasti tahap sensitiviti gigi, dijemput mengambil ujian diagnostik ringkas di facebook Sensodyne Malaysia http://mysensodynecheckup.com/ atau layari https://www.sensodyne.com.my/ bagi senarai klinik yang mengambil bahagian.