Satu-satunya ikon fesyen dan kecantikan disanjungi dunia Rihanna kekal dengan tubuh yang semakin berisi atau montok.
BACA: Tubuh Berisi, Rihanna Kini Lebih Yakin & Bahagia (4 Gambar)
Perbezaan badan Rihanna mula mendapat perhatian apabila dia tiba di tayangan perdana filem Valerian di Paris minggu lalu. Biasanya bila dah badan berisi, orang akan mula selindung dengan pakaian besar atau labuh. Namun lain pula dengan Rihanna yang semakin berani tampil seksi walaupun tembam. Jangan ingat masa kurus sahaja boleh tayang badan.
Rihanna sekali lagi menghadiri acara tahunan Crop Over Festival di Barbados pada Isnin dan yang paling menonjol ialah set bikini ala glamor Rihanna yang menayang segenap inci tubuh badannya.
Bukan itu sahaja, Rihanna juga mewarnakan rambutnya dengan warna biru! Memang meriah bikini dengan aksesori bulu dibahagian belakang dan kakinya pula disarung stokin jarang yang berkilau.
Crop Over Festival perayaan yang menyambut tamat musim penuaian tebu pada zaman koloni dan diakhiri dengan perhimpunan Kadooment Day. Sejak tahun 2011 lagi Rihanna sama-sama menyertai perayaan ini, kini sudah menjadi perkara lazim untuk penyanyi 29 tahun ini menghadirinya.
Penampilan Rihanna dalam bikini seksi ini sekali lagi membuktikan tidak kira apa jua bentuk tubuh ia tetap cantik dan wajib dihargai!