Jenama penjagaan kulit terunggul SK-II mengumumkan kerjasama dengan tiga selebriti terkemuka dari serata dunia sempena kempen kecantikan terbaru – #OneBottleAwayFrom.
Kempen SK-II #OneBottleAwayFrom menampilkan sebuah filem pendek tentang supermodel Behati Prinsloo Levine, penyanyi Choi Soo Young dari kumpulan Girls Generation dan aktres China, Li Qin dalam perjalanan perubahan kulit mereka menggunakan sebotol produk ikonik SK-II Facial Treatment Essence.
SK-II juga mengajak wanita diluar sana menyahut cabaran #OneBottleAwayFrom bersama Behati, Soo Young dan Li Qin. Pengguna boleh menggunakan #OneBottleAwayFrom sebagai saksi transformasi kulit mereka dengan menggunakan SK-II Facial Treatment Essence.