Tepat sekali bait lirik lagu Anita Sarawak, “Jangan pandang ku sebelah mata, nanti kejantanan mu tercabar.”
Anny Divya, berasal dari India telah menjadi wanita pertama dan termuda memegang pangkat sebagai kapten bagi pesawat Boeing 777 di dunia.
Beliau yang baru sahaja menginjak umur 30 bersyukur dengan kejayaan yang diterima. Bagi beliau ini semua antara berkat usaha dan sokongan keluarga.
“Banyak cabaran yang berlaku…terutamanya melibatkan yuran pembelajaran, dimana ibubapa saya yang banyak membantu.”
Minat untuk bekerja diawan biru sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi, bayangkan dia mula mendaftar sekolah penerbangan pada umur 17 tahun. Kemudian menerima biasiswa dan menghabiskan latihan hanya pada umur 19 tahun!
Tugas pertama beliau menerbangkan pesawat Air India dengan Boeing 737 di Sepanyol sebelum menamatkan latihan lanjutan di London dimana Anny menerbangkan Boeing 777, pesawat enjin berkembar terbesar di dunia.
Rupanya beliau diberi pilihan untuk membawa 737, namun Anny lebih memilih Boeing 777 kerana itu merupakan impian beliau, jadi dia sanggup menunggu lebih lama untuk menamatkan latihan.
Mesej Anny Divya kepada wanita-wanita diluar sana.
“Kepada semua wanita, gapailah impian anda sekarang.”