Nampaknya penampilan Rihanna yang baru ini mendapat perhatian ramai.
Rihanna kelihatan lebih seksi dan berkeyakinan di tayangan perdana filem Valerian di Paris apabila dia mempamerkan tubuhnya yang lebih berisi. Rihanna sekadar memakai bra dan skirt merah jambu dengan perincian manik dan bulu.
Menurut sumber terdekat, penyanyi 29 tahun itu ternyata gembira dengan fizikalnya itu malah lebih bahagia.
“Rihanna gembira dan berasa seksi malah lebih yakin berbanding sebelum. Dia merasakan dia kelihatan hebat dan tidak akan berubah untuk sesiapa pun,” jelas sumber tersebut.
Kini, Rihanna sedang bahagia bersama dengan Hassan Jameel, seorang ahli pernigaan dan Naib Pengerusi kepada sebuah perniagaan milik jutawan Abdul Latif Jameel (datuknya) iaitu antara salah sebuah pernigaan terbesar di dunia.
Baca: [5 Gambar] Amboi! Tak Sangka Rihanna Dah Jatuh Cinta Dengan ‘Pak Arab’
“Rihanna selalu menginginkan seorang lelaki yang boleh mengendalikannya dan tidak terancam dengan sifat kewanitaannya,” tambah rakannya.
Bagusnya Rihanna berfikiran sebegitu. Apapun Wanista suka tubuh berisi Rihanna, nampak lebih seksi dan sihat.