Prihatin dengan permintaan dan keperluan para penggunanya, U Mobile memberi penghargaan istimewa kepada semua peminat music untuk dapatkan hiburan berganda dengan membawakan kempen Unlimited Grooves bersempena kerjasama yang diuntai sebagai antara salah stau penaja utama untuk konsert G-Dragon Act III: M.O.T.T.E yang akan berlangsung 17 September ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
https://www.instagram.com/p/BXCckSaDjZy/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
Kempen U Mobile Unlimited Grooves ini dianjurkan khas buat pengguna sejati yang obses dengan muzik di mana ia telah bermula sejak Mei lalu seiring dengan Urbanscapes termasuklah aktiviti kalender akan datang seperti konsert Ed Sheeran Divide Malaysia Tour, Good Vibes Festival yang menyaksikan bakat muzik global terkemuka seperti Kodaline, Dua Lipa dan banyak lagi!
https://www.instagram.com/p/BW_gsLylZux/?taken-by=myumobile&hl=en
Bukan itu sahaja, U Mobile juga baru sahaja melancarkan kedai flagship mereka yang lebuh selesa sambil dilangkapi servis bermutu untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile berkata, banyak manfaat eksklusif yang akan diberikan kepada para pelanggan kami semasa di konsert G-Dragon nanti.
Jamine turut tidak ketinggalan mengumumkan kemajuan rangkaian perhubungan syarikat menerusi pelancaran jalur spektrum 900MHz dan 1800MHz yang diberikan oleh Kerajaan tahun lalu. Kini pelanggan bisa menikmati mutu dna liputan rangkaian yang lebih baik dan lancar demi nikmat bersama.
Lebih menarik, U Mobile juga akan menawarkan beberapa tiket konsert Ed Sheeran dan G-Dragon untuk dimenangi menerusi peraduan Instagram yang bakal diadakan nanti.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.facebook.com/umobile] atau lawat laman Instagram U Mobile di [www.instagram.com/myumobile]