Agak terkejut mendengar berita ini apabila Michael Kors telah membeli jenama mewah Jimmy Choo pada harga AS$1.7 bilion (RM7.3 bilion).
Menurut sumber, Datuk Jimmy Choo Yeang Keat sebenarnya telah membuat keputusan untuk menjual jenamanya itu pada April lalu. Jimmy Choo yang diasaskan pada 1996 oleh tukang kasut berasal dari Pulau Pinang, Malaysia dan rakannya, Tamara Mellon, mula menempa nama apabila mereka sepasang kasut khas untuk mendiang Puteri Diana.
Di bawah terma perjanjian, Michael Kors akan membayar 230 pence secara tunai untuk setiap saham Jimmy Choo – iaitu jumlah premium 36.5 peratus daripada harga sahamnya sebelum proses penjualan diumumkan.
Jenama Michael Kors iaitu pemilik dari pereka fesyen Michael Kors sedikit kecundang dalam jualan pada awal suku tahun ini. Apa yang lebih buruk, 125 rangkaian butik mewahnya bakal ditutup manakala nilai saham jatuh satu perlima sepanjang tahun ini.
Mengambil inisiatif terbaru, bisnes Michael Kors yang diasaskan sejak 1981 dan berpusat di New York, Amerika Syarikat diperluaskan kepada pakaian lelaki dan wanita, selain membuat pelaburan dalam perniagaan secara talian.
Proses pengambilalihan itu turut dipersetujui JAB bahkan Jimmy Choo tetap beroperasi di bawah pengurusan sama termasuk ketua eksekutifnya, Pierre Denis dan lebih 150 premisnya di seluruh dunia.