Penantian lama penggemar kasut adidas akhirnya berakhir apabila adidas Originals telah kembali bekerjasama dengan artis Daniel Arsham sebagai kolaborasi untuk adidas New York silhouette. Ianya kasut dengan perincian halus dan elemen stailistik.
Difahamkan Daniel Arsham menggemari konsep arkeologi dan budaya abad ke-20. Bagi kasut terbaru ini, beliau masih mengetengahkan konsep silhouette dengan tona Chalk White. Sentuhan renda putih yang dicat warna metal dan bungkusan eksklusif membawakan mood mewah.
Dilancarkan pada 22 Julai, New York Daniel Arsham hanya terdapat dalam edisi terhad sebagai simbol gaya kasut sukan abad ke-20 dari adidas. Ilham dari Daniel Arsham juga diraikan sebagai ikon kontemporari dan rangka kerja Past, Present & Future.
Kasut DANIEL ARSHAM (CM7193) boleh didapati di adidas Originals Store Pavilion, KL pada harga MYR820.