Dengan kepakaran daripada pasukan bioteknologi yang berpengalaman, terhasilnya sumber berasaskan microalgae yang mampu menggabungkan sinergi solekan serta rangkaian penjagaan kulit bagi mengekalkan keremajaan wajah menerusi inovasi baharu Algenist yang digelar Splash Hydrating Setting Mist.
Semburan pelembap ini ternyata mampu menjadikan mekap di wajah tahan lebih lama di samping memulih masalah kekeringan, tanda penuaan seperti kedutan serta kerengsaan kulit yang berlaku kala wajah dilitupi solekan sepanjang hari.
Lapisan semburan Splash Hydrating Setting Mist adalah diyakini bebas daripada ramuan paraben, sulfat dan beralkohol malah diperkaya alguronic acid untuk menjadi kunci utama perlindungan kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit dari normal hinggalah kepada kulit jenis berminyak, kombinasi dan kering, semburan pelembap terkini dari Algenist yang mengandungi khasiat air laut ini juga mudah untuk kegunaan harian pada bila-bila masa dan di mana jua.
Rangkaian penjagaan wajah yang fokus untuk memelihara penuaan kulit ini boleh didapati di semua cawangan Sephora seluruh Malaysia, juga secara atas talian di [www.sephora.my/brands/algenist]
Mula dipasarkan pada Ogos 2017 nanti, harga yang ditawarkan untuk Algenist Splash Hydrating Setting Mist ini adalah sekitar RM180/120ml setiap satu.