Tepat pada masanya, baru beberapa hari sudah ramai rakyat Malaysia jadi cemburu kerana McDonald’s Singapura menawarkan seleksi menu hidangan tempatan seperti burger Nasi Lemak bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara itu.
https://www.instagram.com/p/BW4OvPYjW2_/?tagged=spicykoreanburger
Bermula esok, 25 Julai 2017, nampaknya rakyat Malaysia bakal jadi ceria semula terutamanya para peminat makanan pedas Korea kerana McDonalds Malaysia akan melancarkan menu baharu yang digelar Spicy Korean Burger!
Khabarnya, Spicy Korean Burger ini diapit dengan roti bun aranng yang berintikan jeruk kimchi pedas selain disira pula dengan sos berapi Gochujang. Bukan itu sahaja, terdapat juga hirisan keju, bawang panggang serta sayuran segar untuk menaikkan selera kenikmatan!
Harga yang ditawarkan untuk set menu ini adalah RM15.99 termasuk minuman pilihan Frozen Fanta serta kentang goreng crinkle cut fries. Harga ala carte adalah RM12.99
Meskipun pelancarannya esok, netizen sudah mula dapat menikmati hidangan McD Spicy Korean Burger ini di beberapa cawangan McDonald’s seperti di Subang dan Damansara Mutiara.
Tonton teaser menu baharu McDonalds yang berkonsepkan K-Drama
Menu ini khabarnya hanyalah untuk sementara waktu. Jadi, cepat-cepat lah dapatkannya okay!