Seronoknya menjadi terkenal apabila kita dipandang tinggi oleh kebanyakan orang membuatkan diri rasa bahagia dan bangga dengan kelebihan yang dimiliki. Tetapi padahnya datang apabila sedikit kesalahan yang kita sendiri lakukan kemudiannya membuatkan lebih ramai orang membenci sekaligus melabel diri kita sebagai JAHAT.
Itulah yang berlaku kepada model sambilan dan social influencer terkemuka bernama Lily Maymac. Dari raut wajahnya yang ayu, Lily sebenarnya berketurunan Filipina namun telah dibesarkan di Sydney, Australia.
Cerita kontroversinya bermula sejak kenyataan tweet Lily Maymac sekitar tahun 2011 hingga 2013 yang berbaur perkauman tersebar lalu merubah tanggapan netizen terhadapnya baru-baru ini.
Kata mereka, Lily Maymac adalah gadis berdarah Asia yang tidak sedar diri kerana lupa akan asal usulnya. LOL! You’re an Asian TOO… Lily.
https://www.instagram.com/p/3lAenBmwDy/?taken-by=lilymaymac
Bukan itu sahaja, Lily Maymac atau nama sebenarnya Lily May Macapinlac juga ada menyebut tentang keinginannya berkahwin dengan orang putih suatu hari nanti kerana menganggap mereka lebih kacak dan mulia daripada bangsanya sendiri.
Dalam pada itu, Lily pernah disunting Pengasas 88rising untuk muncul dalam sebuah video muzik berjudul JUICE nyanyian rapper The Kinjaz dan Kris Wu.
Tonton Video Muzik Juice feat. Lily Maymac -88rising
Untuk pengetahuan semua, 88rising adalah kumpulan yang menjalankan usaha mengubah persepsi masyarakat dunia tentang Asia menerusi lagu dan muzik ciptaan mereka. [Sumber] Maklumlah, orang Asia sering dipandang rendah dan diperkecilkan bangsa-bangsa lain, terutamanya orang barat.
Keadaan itu membuatkan haters jadi lebih meluat kerana Lily sendiri pernah berkata dia benci lelaki Asia namun masih mahu menerima tawaran membintangi video muzik yang lagu dan pembikinannya dihasilkan oleh bakat Asia. Bak kata pepatah, ibarat “ludah dijilat semula”.
Belum habis isu perkauman yang dipersendakan Lily, dia sekali lagi dihentam teruk tetapi kali ini diserang oleh peminat bintang Kpop!
Ramai peminat EXO melemparkan kata-kata sinis kepada Lily sebaik salah seorang ahli kumpulan EXO, Park Chanyeol mengikutinya di Instagram tidak lama dahulu. Jealous alert!
Ramai peminat Chanyeol tidak puas hati dengan tindakan bintang kesayangan mereka itu lalu bertindak menyerang hendap gambar-gambar Lily di Instagram dengan meninggalkan komen kecaman kerana berpendapat bahawa kecantikan yang dimiliki gadis berusia 21 tahun itu hanyalah kerana pembedahan plastik semata-mata.
Tidak kurang, ada juga antara peminat Chanyeol mendakwa, mereka jadi benci terhadap Lily kerana gadis itu pernah mengeluarkan kenyataan hina terhadap ahli kumpulan EXO kesayangan mereka dan meminta Lily berhenti mengikuti (unfollow) Chanyeol di Instagram serta-merta.
Bagi menghentikan cakap-cakap tidak enak orang terhadap dirinya, Lily menetapkan Instagram miliknya kepada private dan membuat kenyataan pada sebuah foto yang dimuat naiknya dengan berkata,
“Saya tidak pernah langsung mengkritik EXO-L’s atau Chanyeol (lagipun saya tidak pernah bertemu/bercakap dengannya sebelum ini). Jadi sila berhenti percaya desas-desus yang tidak benar.
“Juga tidak, saya tak pernah menjalani sebarang pembedahan plastik,” tambahnya.
Berhubung insiden tweet yang berbaur perkauman tadi, awal Mei lalu Lily telah memberanikan diri untuk memohon maaf kepada semua pihak yang terusik dengan kenyataannya memperlekehkan lelaki Asia.
“In light of what is resurfacing, I want to say sorry for what I said when I was obviously closeminded & away from public eye.” — Lily (@lilymaymac) May 4, 2017
“It was wrong then & wrong now but I now know better” — Lily (@lilymaymac) May 4, 2017
@PaulineBarola_ “Thank you ❤ I was dumb af when I was younger & I know better now for sure” — Lily (@lilymaymac) May 4, 2017
Lebih menjengkelkan apabila pendapat orang ramai mendapat perhatian si ibu. Ibu Lily cuba mempertahankan anaknya apabila ramai orang mula mempersoalkan asal-usul anaknya itu dengan kenyataan:-
Sehingga kini, Lily masih lagi menerima pelbagai kritikan daripada umum namun dia masih gagah dan mampu mengukir senyum manis. Bagi penulis, kesalahan lama tak perlu diungkit, lagipun waktu itu Lily masih lagi budak-budak yang baru kenal dunia.
Benar, media sosial bukanlah tempat yang strategik untuk kita berkongsi segala buah fikiran namun dirilah yang harus bijak mengawal agar ianya tidak berlebihan sehingga menyentuh sensitiviti orang.
Wajah yang cantik adalah peluang keemasan untuk individu masa kini mencari pendapatan sampingan selain bisa menerpa populariti. Seperti Lily, kelebihan memiliki kecantikan persis bidadari adalah bonus kerana dia sering ditaja untuk bercuti ke luar negara, menginap hotel-hotel mahal, memakai pakaian berjenama serta banyak menerima tawaran untuk menjadi wajah bagi beberapa jenama kosmetik seperti NYX dan Etude House.
Tonton Video Lily Maymac Ketika Menjadi Wajah Untuk Etude House
Meskipun harus berhadapan dengan ramai orang yang membencinya dek beberapa insiden lampau, Lily Maymac masih mempunyai peminatnya tersendiri bahkan memiliki lebih 3.5 juta pengikut di Instagram.
Apa kata anda?