Kolaborasi G-Yu Creative Company dan pusat membeli-belah eksklusif Malaysia, Pavilion KL membawakan penyanyi pop sensasi PIKOTARO. Penyanyi yang pernah viral dengan lagu hit ‘Pen Pineapple Apple Pen’ bakal tiba di Malaysia buat pertama kali sempena acara ‘Japan Expo Malaysia 2017’. Ianya sebuah acara untuk memperkenalkan budaya ikonik dan keindahan negara Jepun selama 3 hari berturut-turut.
Bagi meraikan ulangtahun ke-6 Pavilion KL’s Tokyo Street, PIKOTARO bakal membuat persembahan dengan lagu hit ‘Pen Pineapple Apple Pen’ secara langsung dan beramah mesra bersama peminat pada 29 Julai 2017 (Sabtu). Konsert bermula pada 5 petang dan sesi ramah mesra pada pukul 5.30 petang.
Jangan terlepas peluang untuk anda merasai sendiri pengalaman ‘Infinite Japan’ dari anime, pameran seni, kelas kebudayaan, pertunjukan fesyen, makanan, hiburan, pelancongan dan banyak lagi! Selain itu, ramai lagi selebriti dan kumpulan teen idols dari Jepun memeriahkan acara khas untuk peminat mereka di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara ini, anda boleh layari www.japanexpomalaysia.com atau www.pavilion-kl.com dan dapatkan info terkini di laman Facebook Pavilion Kuala Lumpur https://www.facebook.com/PavilionKL.