Jangan tak tahu, ramai di antara kita yang perempuan ni masih belum bijak mengenal herba dan rempah ratus yang biasanya digunakan dalam masakan tradisi. Kadang-kadang sampai jintan manis dan jintan putih pun tidak tahu beza. Hmm, tu belum jenis-jenis ikan di pasar lagi. Confirm fail kan?
Lelaki zaman sekarang pula memang ada jenis yang tak kisah kalau isteri tak reti memasak pun namun, adalajh tanggungjawab perempuan itu sendiri sebagai seorang isteri untuk menyediakan air tangan terbaik buat keluarga.
Jadi, apa kata hari ni Wanista kongsi tips bagaimana cara untuk menjadi tukang masak terhebat agar menjadi buah hati semua orang termasuklah ibu mertua anda!
#1 Rajinkan Diri Untuk Memasak!
Tak tahu masak tak apa, tapi jika anda rajin lakukannnya setiap hari biarpun hidangan yang dimasak itu tidak sesedap masakan ibu kamu, percayalah sampai satu tahap nanti hidangan anda itu akan rasa seperti air tangan seorang chef bertaraf Michelin Star!
Bak kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” betul tak?
Berapa lama hendak mengempukan daging dalam kari? Berapa sudu garam yang diperlukan dalam sesebuah masakan sebagai perasa? Berapa lama perlu menunggu minyak untuk panas sebelum menggoreng ayam dan sebagainya, semua itu anda akan belajar dan ketahui sendiri jika anda selalu berlatih.
#2 Gunakan Rempah Ratus & Herba
Tahukah anda mengapa masakan Asia adalah antara hidangan yang paling digemari dunia? Kerana masakan kita banyak memanfaatkan penggunaan rempah ratus. Ada rasa, ada aroma, semuanya cukup bagi menghasilkan pakej makanan sempurna!
Halba, Biji Sawi, Jintan Manis dan Putih, Bunga Lawang, Kayu Manis, Kari, Buah Keras, Buah Pelaga, Lada Hitam, Ketumbar dan Bunga Cengkih adalah antara rempah yang lazim digunakan dalam masakan Melayu dan India manakala tumbuhan herba seperti Daun Pudina (mint), Daun Ketumbar, Rosemary, Chives, Arugula, Daun Selasih (basil), Daun Bawang, Sage dan Oregano adalah sebahagian yang laizm digunakan dalam masakan-masakan Barat.
#3 Hargai Rasa Asid
Asid di sini bukan bermakna penulis suruh anda tambah racun dalam masakan. Asid yang dimaksudkan adalah berupa rasa masam yang dihasilkan perahan jus limau kasturi, lemon, penggunaan asam keping dan cuka bagi mempelbagaikan rasa keenakan masakan.
#4 Belajar Resepi Baru
Jika anda pakar dalam penyediaan masakan Melayu, apa kata lari sedikit dari kemahiran anda untuk menguasai mungkin masakan Cina yang banyak menggunakan halia atau masakan Itali yang banyak memanfaatkan tumbuhan herba.
Selain hidangan sepinggan lengkap seperti Nasi Goreng, anda juga boleh memperluas ilmu masakan untuk menyediakan menu pencuci mulut. Jika bosan dan kurang faham belajar resepi daripada buku, tonton banyak rancangan memasak mudah di televisyen atau Youtube seperti TASTY!
#5 Bersihkan Ikan, Udang & Ayam Sehingga Hilang Hanyir
Sumber makanan yang hidup seperti makanan laut atau ayam biasanya akan meninggalkan bau hanyir jika tidak dicuci dengan bersih selepas disiang.
Tonton Tutorial Hilangkan Hanyir Ayam
Untuk elak mereka yang memakan masakan anda itu muntah kerana loya dek terhidu bau hanyir tersebut, ada baiknya anda mencuci ayam dengan tepung serta membersihkan ikan dan udang menggunakan limau kasturi/purut atau lemon. Yup, ini adalah cara mudah untuk hilangkan hanyir yang diajar oleh ibu penulis ❤️
Tahi belakang badan udang tu pun buang bersih-bersih tau? Untuk ayam pula, periksa kalau-kalau bulu masih melekat pada kulitnya.
#6 Lengkapkan Kabinet Dapur Dengan Keperluan
Kita orang Melayu ni memang suka sediakan bahan di saat-saat akhir, Hari ni nak masak, hari ni lah baru shopping bahan. Tukarlah cara hidup untuk memenuhkan kabinet dapur dengan segala macam herba, rempah-ratus dan bahan-bahan masakan lain seperti orang Barat. Jadi tak adalah kelam-kabut nanti kan?
Kalau rajin, buat mini garden untuk tanam tumbuhan herba anda sendiri berdekatan dapur. Bila nak pakai, terus petik segar-segar. Mungkin boleh tanam pokok cili, daun kari dan daun bawang untuk kegunaan harian.
#7 Guna Perkakas Dapur Berkualiti
Jika anda boleh pakai baju berjenama, membeli kosmetik yang menjangkau ratusan ringgit sebulan, cubalah laburkan sedikit wang untuk membeli perkakas dapur yang berkualiti.
Jadi tidaklah masakan yang dimasak itu cepat hangit atau kuali yang tidak bagus hanya akan meninggalkan kesan karat yang kemudiannya membuatkan rasa makanan anda seolah tercemar. Yuks!
Pisau pun, pastikan sentiasa tajam. Takut tekstur makanan jadi rosak bila dipotong dengan pisau tumpul.
#8 Pastikan Dapur & Perkakas Bersih Tersusun
Ini adalah penting supaya makanan yang disedikan juga bersih dan bebas daripada kotoran seperti habuk mahupun bekas-bekas sampah yang tercampak masuk dalam masakan. Dalam masa yang sama, dapur yang tersusun akan memudahkan anda untuk mencari barang kemudian. jimat masa dan tidaklah stress! Baru semangat sikit rasa nak masak ?
Pssttt! Kalau mak mertua datang serang rumah pun relaks je sebab memang dah bersih, cantik dan kemas.
Selamat beramal!