Bersempena Hari Emoji Sedunia, Apple kongsi berita mengujakan buat para penggunanya bahawa pihaknya bakal melancarkan beberapa emoji baharu yang lebih versatile istimewa untuk kegunaan perisian iOS, macOS dan watchOS.
πππππ Happy #WorldEmojiDay! π Weβve got some π new ones to show you, coming later this year! ππ https://t.co/xBR9ZJ7l4g pic.twitter.com/fhDrr4J5KG
— Tim Cook (@tim_cook) July 17, 2017
Emoji berfungsi sebagai simbol untuk mengekspresikan kata-kata dengan cara yang lebih menarik dan antara emoji baharu yang akan diperkenalkan Apple adalah termasuk wanita berhijab, ibu yang sedang menyusukan bayi, lelaki berjambang, kumpulan smiliesΒ lucu serta zombi.
Merangkumi 56 emoji terkini yang unik, kesemuanya boleh dinikmati oleh para pengguna iPhone setelah sistem dikemas kini kepada perisian iOS11 nanti.