Ada banyak cerita tentang mask muka….
Namun masih banyak lagi yang kita semua tahu, samada yang baik atau yang buruk. Memakai sheet mask sudah menjadi kewajipan pada wanita Korea khusunya. Kalau anda yang pernah tonton drama Korea pasti ada sahaja babak si heroin memanjakan diri dengan sheet mask.
Jadi apa yang mereka ‘gila’ sangat dengan sheet mask? Sehingga ada yang memakai sheet mask hampir setiap hari dan paling over sehingga dua kali sehari! Pada mereka yang sering travel, memakai sheet mask boleh menghidrat semula kulit sama seperti duduk dirumah.
Baca: 8 Jenama ‘Sheet Mask’ Untuk Wajah Berseri Persis Bintang Drama Korea
Namun ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian jika anda ingin ikut rutin cantik bak wanita Korea. Dari majalah Allure, untuk kegunaan sheet mask setiap hari anda kena elak berhati-hati dengan sheet mask ‘anti-aging’ atau kesan anti-penenuaan. Ia mengandungi glycolic-acid yang terlalu kuat dan boleh menyebabkan iritasi kulit.
Pada anda yang mengalami masalah jerawat juga tidak boleh memakai sheet mask pada setiap hari. Cukup hanya seminggu sekali bagi mengelakkan masalah jerawat semakin parah, kerana bakteria mudah membiak didalam kulit.
Untuk mereka yang bebas dari masalah jerawat, kegunaan sheet mask setiap hari amat bagus untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit dan mempercepatkan daya serapan produk dalam kulit. Pilih mask yang dari sumber seperti ceramides, squalene, asid hyaluronik, minyak dari ekstrak beras (rice bran oil) dan minyak kacang macadamia untuk kesan lembab berpanjangan. Mask yang kaya dengan Vitamin C, niacinamide dan ekstra akar pokok manis (licorice root extract).
Baca: Nak Muka Cepat Bersih Dan Cantik? Masker Muka Ada 6 Super-Kebaikannya!