Sudah menjadi kelaziman sifat masyarakat hari ini gemar berkongsi ceritera kehidupan bersama orang lain. Media sosial seperti Instagram dan Facebook terutamanya sering menjadi medium perkongsian utama untuk kita paparkan hidup, bukan untuk mendedahkan privasi secara keseluruhan tetapi hanya untuk suka-suka malah dalam sesetengah hal lainnya adalah untuk berkongsi ilmu dan maklumat berguna sesama komuniti.
Norma yang demikian kemudiannya memanggil lebih ramai orang untuk melahirkan kreativti masing-masing menerusi teknik rakaman gambar agar paparan laman Instagram tampak lebih eksklusif ala profesional seperti di bawah:-
Namun, apakah elemen yang buat foto di Instagram nampak menonjol selain permainan sudut lensa yang unik? Jawapannya sudah tentulah pada pemilihan latar atau background. Untuk itu, wanista kongsi idea menarik berkenaan latar yang bisa anda cari dan manfaatkan bagi menghasilkan rakaman foto terbaik ala “Insta Famous”!
#1 Putih Bersih
Warna putih membuka peluang kepada si tuan badan untuk berkarya!
https://www.instagram.com/p/BU6NegyAz-7/?taken-by=anissyafiraa&hl=en
#2 Warna Polos
https://www.instagram.com/p/BJcj335jzJS/?taken-by=j0.ms&hl=en
Dinding berwarna yang kosong mampu menonjolkan diri terutamanya jika anda mahu mengambil gambar Outfit Of The Day #ootd!
https://www.instagram.com/p/BTdiD4sl6hY/?taken-by=cupcake_aisyah&hl=en
Jika memakai pakaian yang serabut, elak memilih latar belakang yang serabut. Barulah diri nampak menyerlah ❤️
#3 Alam Semula Jadi
Selain latar yang kekal seperti dinding dan bangunan, boleh cuba guna alam semula jadi seperti pemandangan dan pepohon tinggi untuk sumbang karakter pada foto yang dirakam!
Nampak nyaman dan mendamaikan….
#4 Lukisan Graviti /Mural
https://www.instagram.com/p/BbtTGtwBHPn/?hl=en&tagged=mural
Lukisan pada latar dinding yang berwarni-warni pasti berjaya mengungkap jiwa muda anda yang sedang dalam keghairahan untuk bergembira sakan!
#5 Dinding Bertekstur
Kalau hendak gambar cantik perlulah mencari lokasi yang strategik. Oleh itu, cari dinding-dinding yang bertekstur agar foto anda lebih menarik dan kelihatan lain daripada yang lain.
https://www.instagram.com/p/BPFQ4cHAX5r/?taken-by=cupcake_aisyah&hl=en
#6 Seni Bina Artistik
Boleh cari latar yang berasaskan seni bina artisan saat pergi melancong…
Foto-foto dengan latar sebegini seolah meniup sensasi pengembaraan yang tiada berpenghujung buat si kaki travel seperti anda!
https://www.instagram.com/p/BWrdAFoAtj0/
Namun harus bijak juga mencari sudut yang terbaik agar rakaman foto itu mempunyai nilai tersendri buat diri dan orang yang melihatnya nanti.
#7 Bangunan Lama
Bangunan lama memang nampak buruk bila dipandang dengan mata kasar, namun lain bayangannya bila ia digambarkan melalui rakaman foto.
https://www.instagram.com/p/BWrcxOpgVjt/?tagged=fashionblogger&hl=en
Rakamlah gambar sambil membelakangkan bangunan lama mahupun keadaan dekorasi yang lusuh necaya, foto anda itu akan dianggap seperti ‘bernyawa’. Barulah hipster!
#8 Cahaya Lampu-Lampu
https://www.instagram.com/p/BWaP8exjDv1/?taken-by=shikingomez&hl=en
Keluar waktu malam pastinya diterangi lampu neon yang berwarna-warni.
https://www.instagram.com/p/BLzphdoAUYR/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Serikan rakaman foto Instagram dengan seleksi latar bercahaya yang pelbagai!
#9 Penjuru Dinding
Cuba berdiri di celah penjuru dinding untuk hasilkan foto yang menawan bak supermodel!
https://www.instagram.com/p/BSP-WOQDOyf/?taken-by=j0.ms&hl=en
#10 Langit Biru
https://www.instagram.com/p/BOk2IDyATQY/?taken-by=sarahfuckingsnyder
Latar langit biru sememangnya sangat menarik untuk dijadikan background rakaman foto kegemarana anda!
https://www.instagram.com/p/BVrw2YljoMO/?taken-by=notjessfashion&hl=en
Kalau tak percaya boleh cuba!
#11 Susunan Perabot
Tak ada kawan untuk menemani anda dalam gambar?
https://www.instagram.com/p/BV_vH2GFOS7/?taken-by=cupcake_aisyah&hl=en
Tak mengapa kerana anda boleh gunakan perabot itu sendiri untuk menjadi ‘rakan karib’ anda di samping menyumbang like terbanyak!
#12 Anak Tangga
Memang orang kata tak elok jika perempuan duduk termenung di tangga kerana takut-takut jodoh lambat sampai nanti.
Namun, tidak salah rasanya jika untuk duduk sebentar sambil bergaya demi hasilkan rakaman foto Instagram yang worth to share with di Instagram!
https://www.instagram.com/p/BWJFWBQAhm3/?taken-by=notjessfashion&hl=en
#13 Bunga-Bungaan
Bunga dan wanita memang tidak dapat dipisahkan!
https://www.instagram.com/p/BTwht1hAAZt/?taken-by=notjessfashion&hl=en
Berdirilah di celah-celah rimbunan bunga untuk dapatkan latar foto tercantik sebegini!
https://www.instagram.com/p/BUuefcRDnJz/?taken-by=notjessfashion&hl=en
https://www.instagram.com/p/BWraJmHBfwN/?tagged=silhouette&hl=en
#14 Daun Pintu
https://www.instagram.com/p/BUB7SPiFYCZ/?taken-by=cupcake_aisyah&hl=en
Latar foto yang menggunakan pintu kini semakin menjadi trend! Jangan ketinggalan untuk bergambar di hadapan pintu yang cantik lagi menarik perinciannya!
https://www.instagram.com/p/BWfEDEaDxpQ/?taken-by=notjessfashion&hl=en
#15 Jalan Raya
Ramai orang benci akan keadaan jalan-raya yang sesak, namun apabila ingin mengambil foto Instagram terbaik, jalan raya boleh mengubah rakaman gambar yang biasa menjadi luar biasa!
https://www.instagram.com/p/BTyoDwAFAwi/?taken-by=cupcake_aisyah&hl=en
Berdirilah di tengah-tengah mahupun di sisi jalan raya, namun harus utamakan keselamatan dahulu sebelum melakukannya okay?
#17 Silhouette!
Wujudkan perasaan misteri dalam kalangan mereka yang melihat! Dengan menggunakan cara silhouette ini secara tidak langsung bisa mewujudkan suatu karya yang sangat berseni.
Cuba cari latar yang mempunyai pancaran cahaya kuat seperti di tepi tingkap mahupun bentangan laut yang luas sambil diterangi cahaya matahari sekaligus rakam foto dalam keadaan objek berada di hadapan.
https://www.instagram.com/p/BWrXrDGjCDW/?tagged=silhouette&hl=en
Bonus
Selit ‘Objek Bantuan’ Bersama!
Rakam foto tak semestinya ada muka anda semata-mata…
Boleh selit objek lain bersama agar tampak lebih menarik dan meriah!
Ingat, foto Instagram tak semestinya ada muka anda sahaja, gambar aksesori, pemandangan serta objek lain juga boleh bantu untuk buat paparan instagram feeds anda nampak memukau sehingga mampu menarik followers yang ramai!
Jadi, mulai daripada hari ini jangan lagi ambil gambar dalam tandas awam atau berlatarkan bilik anda yang bersepah tu okay? Selamat mencuba!