George dan Charlotte bakal dapat adik lagi? Sekejap jangan terkejut.
Sebenarnya begini, Kate Middleton sempat bergurau malah berseloroh mahukan anak lagi selepas beliau diberi hadiah yang direka istimewa untuk bayi baru lahir.
Kate berkata demikian selepas beliau ditawarkan barang permainan yang direka untuk menenangkan bayi-bayi kecil semasa resepsi di Warsaw.
Mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir, Kate berpaling kepada suaminya, William dan tersenyum lantas berkata; “Mungkin kita perlukan anak lagi”.
Kalau betul apa salahnya. Mesti George dan Charlotte dapat adik lagi.
Duke dan Duchess of Cambridge merupakan ibu bapa kepada Prince George, 4, dan Princess Charlotte, 2.